salam rabu
tertarik utk berkongsi cerita
yg boleh kita sama2 selami
dan ambil sebagai pengajaran
ingat...walau dalam apa jua keadaan
Allah sentiasa ada untuk kita
"Assalamualaikum..
Tolong hide nama saya.
saya hanya ingin meluah dan berkongsi.
saya
ingin isteri-isteri diluar sana beringat
dan amik pengajaran..
DIA LUPA, ALLAH ITU ADA....
Saya
dan suami kenal dr zaman persekolahan lagi.
kami bercinta hampir 8
tahun.
Kemudian kami bernikah.
Siapa yang tak bahagiakan jika jodoh
kekal
hingga ke jinjang pelamin.
Dikurniakan
rezeki awal, saya bunting pelamin..
makin bertambahlah seri bahagia
kami.
Pada usia kandungan 5 bln, Allah turunkan dugaan.
saya menghidapi
appendicitis dan perlu jalani pembedahan.
suami menemani saya selepas
pembedahan.
Semasa cuti sakit, saya sedar perubahan
sedikit demi sedikit
pada suami saya.
Cepat marah, kurang sabar, ambil tak endah tentang
saya.
suami saya seorg yang baik sebenarnya.
solat tak tinggal.. imamkan
saya, beri tazkirah selepas solat,
alhamdulillah.. tapi dia lupa, Allah
itu ada..
Tak
disangka2, Allah tunjuk petanda.
Di FB suami , ada wanita yang tidak
saya kenali.
saya stalk FB wanita tersebut.terkejutnya saya,
status nya
semua mengenai rindu dendam pada suami saya,
hati isteri mana yang tak
hancur luluh. Suami menafikan semua
dan kata ada org ingin hancurkan
kebahagiaan rumahtangga kami.
dia kata mungkin salah seorg bekas
kekasihnya.. s
bg isteri, saya percaya kata2nya..
tapi dia lupa, Allah
itu ada..
Ketika itu kndungan saya 7bulan.
lebih mengharukan suami saya
sampai bersumpah itu ini..
Dan secara tiba2 dia kembali romantik.
Tapi
dia lupa, Allah itu ada..
pada satu malam, saya terbuka hati untuk check
hp suami.
Inbox-clear. Sent item-clear. Draft – satu msg untuk
seseorang..
yang membuktikan mereka ada hubungan..
lagi sekali, hancur
luluh hati saya..
saat itu jugak saya tanya suami.
Dia diam dan ingin
mula solat.
saya paksa dia mengaku..
pada mulanya dia katakan wanita itu
bekas kekasihnya.
dan pernah keluar bersama.
Ya
Allah.. terduduk saya semasa mendengar pengakuan.
Menangis,
mengongoi…macam org gila.
ya, macam org gila.. tapi dia lupa, Allah itu
ada.
Dia ingat saya keluar untuk pergi kerja
pada malam itu.tapi tidak.
saya terus ke rumah rakan.
tanpa ditahan hati saya meluah segalanya..
saya rancang untuk tumpang di rumah rakan sehari dua.
dan kami kembali ke
rumah saya untuk ambil pakaian.
sampai disana, kereta suami
tiada.
tahulah saya dia keluar berjumpa perempuan tersebut.
malam itu juga
saya bilik ke rumah mertua.
saya cerita kn semuanya.
(suami belum pulang
ketika itu tapi tahu saya di rumah mertua).
Suami call saya dan ckp dia
jumpa perempuan tu
sebab nk settlekan hal mereka.
saya dah tak ambil
pusing.
mertua pula pujuk saya supaya tak cerita pada ibu bapa saya.
saya
akur..
Suami
pulang pada hampir jam 11mlm.
saya dan rakan tunggu di dalam
kereta.
suami sampai terus masuk kereta saya
dan terangkan bhw perempuan
tu yang gilakan dia.
dia mengaku berkawan dengan perempuan tu,
keluar
karaoke, dan mula mengaku bahawa perempuan tu
bukanlah bekas
kekasihnya.tapi janda anak 4!
Ya
Allah, kami baru saja 25thn!!
Dan katanya, hubungan mereka hanya
sekadar kwn.
Katanya, dia cuba tinggalkan perempuan tu,
tapi tak boleh
sbb perempuan tu
akan ugut dia untuk beritahu saya rahsia mereka.
Bila
saya tanya knp tak terus terang,
dia bagi alasan sebab takut saya
marah..
ya Allah, macamla saya tak marah ketika ini..
saya tak puas ati,
saya suruh dia bersumpah
sambil pegang perut saya atas nama anak.
suami
pada mulanya tak setuju.
tapi tetap buat dalam keadaan terpaksa.
kemudian,
kami pulang dan saya mendiamkan diri..
saya masih terasa ada sesuatu
yang suami sembunyikan..
betul, suami saya lupa.. Allah itu ada..
Pada
subuh hari, saya kejut suami.
saya tanya elok2.. saya suruh dia terus
terang
dan ceritakan segala2nya pada saya
supaya perempuan itu tak
tambah cerita,
tak buat fitnah, tak ugut dia lagi. Suami diam.
Dia
akhirnya mengaku hubungan mereka sudah jauh.
Mereka sudah terlanjur.
Bila ditanya berapa kali, sudah 3 kali..
Allah….berat sungguh dugaanMu..
bayangkanlah, saya sedang mengandungkan anaknya 7bulan!!
Ketika
itu, saya diam.setitik air mata pon tiada..
saya pandang kosong suami
saya.
saya rasa cinta saya yang 8thn itu telah terkubur.
saya diam
sejenak.suami pula menanti jawapan.
dia menangis. saya biarkan.. baru
menyesal mungkin?
saya peluk suami saya, saya bisik di telinganya..
’abg
bertaubatlah, solat taubat byk2.
saya maafkan abg.. dan saya tiada
dendam dalam hati’
suami pandang saya sambil menangis teresak2
dan
bertanya adakah saya masih terima dia lagi.
dan saya hanya mengangguk.
Dia
menangis sambil memeluk saya, cium saya..
saya terus bangun dan
berwuduk.
ketika solat lah br air mata saya jatuh..
pada Allah saya
mengadu betapa hancur berkecainya hati saya
ketika mendengar pengakuan
itu.. hati saya tak tenang.
saya baca surah ar rahman.
Tersedu2, sebak
yang tak tahu nk dicakapkan.
Suami yang melihat turut menangis.
dia tak
sanggup tgk keadaan saya..
dia call ibunya dan berterus terang tentang
dosanya
dan ibunya turut menangis dan meminta untuk bercakap dan saya.
saya tak mampu untuk berkata2 ketika itu.
saya hanya menangis dan
menangis..
suami cerita, dia tak tahu knp dia boleh berubah sebegitu
sekali.
saya tanya apa yang kurang pada saya,
dia kata tiada apa yang
kurang.
saya ada rupa, 1000 kali cantik daripada janda tersebut.
saya solat,
saya taat pada suami.
saya bekerja, saya dah bg dia anak..
saya tutup
aurat.ape lagi??
suami
kata dia macam lupa diri..
dia taktahu knp dia bodoh macam tu.
dia
menyesal dan ingin lari di perempuan itu
tapi perempuan itu ugut
untuk
beritahu dosa mereka pada saya..
sebab tu dia terpaksa stay berhubung
untuk tutup mulut perempuan tersebut.
Mmg,
sakitnya ya Allahhh…. Dia saja yang tahu.
saya hanya bertahan untuk
sekejap.
kemudian saya tak boleh lupa dan mula rasa ingin mrh.
saya minta
cerai pada suami
dan suruh suami kahwini perempuan tersebut.
tapi suami
tak nk.
dia kata mati hidup balik pun dia tetap tak kan ceraikan saya.
pada saat itu saya kerap menangis..
tambahan pula perempuan tu mengamuk2
pada suami dan saya..
habis dia cerita semua yang saya tak tahu..
yang
amat menyakitkan. Perempuan tu hantar msg pada saya
dan menyuruh suami
saya hubungi dia.(suami dah patahkan simcard).
saya bls msg ya dan
nyatakan tiada apa yang belum selesai.
saya dan suami saya baik2 saja.
Pastu, dia balas dan kata tahniah kpada saya kerana bersuamikan dia.
perempuan tu kata lagi, pastikan suami saya tak cari dia
seperti mana
suami saya mencari dia ketika saya melakukan operation dulu..
Ya tuhan, ketika aku bertarung nyawa
melawan penyakit, suamiku curang…
sedih dan pilu hati ni taktau macammana nak khabarkan..
Tapi
Allah sentiasa ada.. siapa la yang tak marah..
memang saya mrh.
tapi
saya belajar untuk memaafkan dan melupakan..
saya minta suami untuk
menghargai pengorbanan saya.
saya minta untuk dia tak lupa Allah tu
ada..
mcm2 suami tipu, tapi Allah bantu saya beri petunjuk..
Alhamdulillah,
kami kekal sampai sekarang..
anak saya pun telah selamat lahir..
kami
cuba untuk lupakan segalanya.
kami buka buku baru.. suami pun dah
berubah.
sebab dia tahu, tiada lagi peluang jika sejarah berulang.
jika
berulang lagi, sememangnya tiada maaf bagimu.
saya ada gaji sendiri,
saya ada rupa,
saya ada anak dah dan saya ada Allah. apa ade hal?
Mungkin
ramai yang kata saya bodoh
sbb saya bg peluang.
tapi bagi saya, lagi
bodoh jika saya meruntuhkan masjid sendiri..
saya yakin, Allah itu ada.
Pasti ada hikmah kenapa saya diduga sebegitu rupa,
mungkin isteri2 di
luar sana akan ambil jalan cerai.. mungkin, balas dendam..
Sabar
sahabat2ku, Allah itu ada..
kita kena percaya qada dan qadar.
Kuat lah,
bangkitlah, tunjuk pada dunia tangan lembut kita
mampu menggoncang
dunia.. yakinlah ALLAH ITU ADA~
Allah.. Allah.. Allah.. :)"
p/s : benar...marah itu akan lebih indah
jika kita gantikan dengan sabar dan maaf
tapi kuatkah kita???
No comments:
Post a Comment