aku akui semalam
memang hari sedih utk aku
sebab sepanjang 10 tahun
bertugas sebagai PA
buat pertama kalinya
aku menangis kerana boss
hanya kerana tiket
yg sepatutnya kelas Business
bertukar kepada kelas Ekonomi
puas aku jelaskan
ianya salah Travel Agent
tapi dia tetap menyalahkan aku
memang aku sakit hati
sedangkan dia tahu
awal2 lagi aku dah buat semua tue
cuma ada salah-faham
dengan orang Kewangan & Travel Agent
sampai tahap dia nak cancel tiket tue
Ya Allah
dengan badanku yg belum sihat sepenuhnya
mudah sgt aku jadi sensitif
tanpa sedar aku menangis
sedih sgt dengan sikap dia
aku tahu dia sgt tegas
dia sgt cerewet
dia sgt particular
aku akur dan respect semua tue
tapi bila dia cuba menyalahkan aku
atas sesuatu yg dah jelas bukan salah aku
memang aku tak boleh terima
dia agak panik bila nampak aku menangis
terus dia setuju utk guna tiket kelas Ekonomi tue
mujur orang Kewangan tampil beri penjelasan
dan sudahnya
tanpa aku duga
dengan rendah hati
dia minta maaf
sedih memang sedih
tapi aku bukakan hati
terima maaf dia
dan lupakan semua yg terjadi
moga dia tahu
PA dia nie cuma manusia biasa
yg tak sempurna
tapi masih punya hati dan perasaan
:(
peacenowar