Thursday, April 30, 2015

Jangan Asyik Dengan Handphone Jer


perkongsian cerita hari ini sangat simple
tapi sarat dengan mesej yg berguna
ya...handphone mungkin mempunyai kepentingan
dalam hidup kita sekarang
tapi...ingatlah, tiada hal yg terpenting
selain dari anak, isteri/suami dan keluarga
tak salah rasanya...jika kita letakkan seketika handphone
especially masa di meja makan dan menonton tv
demi mencipta satu momen yg berkualiti
bersama mereka yg tersayang
kan?

kadang2, sampai satu tahap
bila terlalu leka dengan handphone
kita boleh marah anak2 yg sebenarnya
cuba meraih sedikit perhatian kita
MasyaAllah
tak susah sebenarnya
ys...kita hanya perlu tinggalkan handphone
ketika meluangkan masa bersama mereka
jum kita sama2 pratikkan
;)

Nurul 'Ain sudah tidur. 
Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, 
mahu ke SJMC untuk review keputusan darah 
dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. 
Kami turun makan sekejap dan kembali naik 
menunggu masa mengambil darah 
dan menanti keputusan ujian 
yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari ke sana ke mari.
 Mamanya mula mahu duduk 
dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon 
(lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), 
saya sekejap-sekejap melihat 'Ain 
yang bermain di ruang kecil permainan 
yang disediakan pihak hospital.

"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap 
dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." 
Beliau mula mahu bersembang dengan saya. 
Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty 
dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. 
I dapat dia umur i 39. He only child i have. 
My husband have multi millions company, 
but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah,
i will make sure dia tak pegang handphone. 
I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun 
baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. 
Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, 
tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit 
cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. 
Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. 
You letak handphone side. 
Dont ever bother about facebook anymore. 
Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. 
Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. 
Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, 
emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. 
Tapi tak pernah masuk telinga. 
Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, 
tetapi penuh mesej yang amat berguna. 
Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. 
Amin.

Khairul. 
Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 
1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.

   
contoh budak mengada yg suka perhatian
hahaha!!!!



p/s : gunakan cuti panjang hujung minggu ini
untuk bersama2 handphone yg tersayang ok
selamat bercuti!!!
muahsssssss




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails