Monday, March 30, 2015

Tips On GST


Bagaimana mengelak dari ditipu :

1. Sebelum membeli barang, 
tanya dahulu harga yang dikenakan 
termasuk GST atau tidak.

2. Jika ada GST, 
tanya adakah resit rasmi akan diberikan 
untuk pembelian tersebut? 
Resit rasmi haruslah memaparkan nama 
dan nombor pendaftaran syarikat (Akta SSM) 
dan juga nombor pendaftaran GST. 
Jika GST dikenakan, 
dan tiada resit dikeluarkan, 
JANGAN BERURUSNIAGA.

3. Setelah berurusniaga, semak nama 
dan nombor pendaftaran syarikat tadi di website Kastam 
untuk memastikan syarikat tersebut betul
 berdaftar GST dan kenakan GST pada pelanggan.

4. Jika syarikat tersebut tidak berdaftar GST 
dan kenakan GST pada pelanggan, 
buat aduan ke Kastam dan bawa resit tadi. 
Peniaga boleh dikenakan denda RM200,000 
 jika tidak berdaftar GST tetapi kenakan GST pada pelanggan. 
Elakkan dari tertipu.  
TIADA RESIT, JANGAN BELI



p/s : akak on leave esok
sebagai persediaan
menghadapi GST
statement tak menahan sgt
:p


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails