Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh
Beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris
dan mengajar di sebuah
sekolah.
Kisah bermula apabila seorang pelajar beliau
yang tidak
berkemampuan
ingin mengikuti lawatan sambil belajar ke Aquaria, KLCC.
Ikuti kisah tersebut di bawah.
Semoga kisah ini mendorong kita
untuk
menjadi lebih pemurah.
Kami kongsikan disini dengan izin daripada
penulis
Sekolah saya akan menganjurkan lawatan sambil belajar
ke Aquaria KLCC untuk pelajar Tahun 6.
Ada seorang pelajar perempuan
saya
yang sangat rajin dan pandai tetapi tidak mampu
untuk membayar
yuran lawatan tersebut.
Dia berkata, “Ayah saya orang susah teacher.
Tak mampu. Saya
teringin nak tengok KLCC,”
dan dia juga ada bertanya sama ada
dia boleh
sertai dan berjalan-jalan di sekitar KLCC
tanpa memasuki Aquaria.
“Tumpang bas je, RM15
lepas tu saya tunggu je dekat situ
bila kawan-kawan masuk.”
Kata-kata tersebut buatkan hati saya pilu.
Saya masih ingat yang saya menangis
semasa memandu apabila perbualan tersebut.
Alhamdulillah rezeki pelajar perempuan itu,
ada orang yang bermurah hati untuk bayarkan. Semoga diberkati.
Sebelum lawatan tersebut, saya beritahu kepada murid-murid saya,
“Kalau nak rasa popcorn sedap, you can save about RM20
dan beli nanti di KLCC. Nama popcorn tersebut adalah Garret.”
Saya juga ada bawa sedikit untuk dijamah.
Tiba-tiba pelajar perempuan itu berdiri dan berkata,
“Siapa sini nak
kongsi beli Garret dengan saya?
Saya nak lagi tapi tak mampu beli. Kalau
ada yang nak kongsi.”
Saya pandang dia. Selepas waktu persekolahan saya bertanya padanya,
“Sedap ya Garret tu?”
Dia menjawab, “Sedap sangat Teacher.”
Saya pun bertanya lagi, “Nanti pergi sana bawa berapa duit belanja?”
Dia menjawab, “RM15. Saya tahu ayah tak ada duit.
Ini duit belanja 2 minggu saya simpan.”
Saya pun membalas, “Ini teacher bagi duit awak beli Garret tu.
You are a very good student. Rajin.
Awal tahun dulu awak dapat C,
sekarang dah dapat A.
Ini hadiah untuk awak.”
Dia peluk saya erat-erat dan menitiskan air mata.
Saya juga.
Dia mengajar saya supaya bersyukur
pada rezeki yang dilimpahi.
PASCA LAWATAN KE KLCC
Saya memasuki kelas dan dia berjalan ke arah saya,
dia memegang
tangan saya dan merapatkan bibirnya
ke telinga saya dan membisik,
“Teacher bagi lagi duit extra dekat saya?”
“We discuss later ya? After class.”
Kelas berakhir dan saya beri isyaratkan.
Kita duduk dan dia memegang tangan saya,
“Teacher! Saya rasa saya dah menyusahkan teacher.”
“No, you are not. Why you said so?”
“Teacher dah bagi saya duit beli Garret tu.
Lepas tu teacher tambah lagi. RM100 tu sangat banyak.
Saya tak pernah pegang banyak tu.”
Malam sebelum lawatan tersebut,
ada dua individu yang bermurah hati
telah memberikan duit raya melalui akaun saya.
Tanpa berlengah saya
pindahkan duit tersebut
ke salah seorang guru yang akan mengikuti
lawatan tersebut
supaya keesokkan harinya duit tersebut dapat diberikan
kepadanya.
Keesokkan harinya saya buat panggilan
kepada pelajar
perempuan tersebut
melalui salah seorang rakannya semasa dia di dalam
Aquaria.
“Aquaria best?”
“Teacher saya menyusahkan Teacher ni.
Sayang saya nak belanja duit ni”
“Jangan sekat kemahuan awak.
Apa yang awak nak beli, beli je.
Itu hadiah. Guna duit tu ye? Teacher nak awak enjoy.”
“Thank you teacher.” Saya dengar dia menangis.
Kembali kepada perbincangan kita,
dia ulang kali bertanya soalan yang sama,
kenapa saya memberi dia sejumlah duit yang banyak.
“Okey let me tell you girl. Duit ini hadiah daripada kawan Teacher.
Ada dua orang. Masing-masing hadiahkan awak RM50.
Jadi ada RM100. Duit tu
hak awak.
Teacher hanya orang perantaraan
antara Allah dengan awak.
Allah murahkan rezeki awak.
Cuma, proses ini berlaku melalui Teacher.
Bukan niat Teacher bagi duit sebab
nak hina awak orang susah, tapi fikir
positif.
Ini rezeki. Kena bersyukur.
Semua orang tertarik dengan sikap
rajin awak.
Teacher bangga bagitau semua orang teacher
ada student macam awak. Okey? “
“Betul saya tak menyusahkan Teacher?”
“Tak. Lansung tak. Teacher nak awak fokus untuk peperiksaan.
Dah dekat. By the way semalam
ada lagi orang bermurah hati dengan awak.
Jadi, kalau awak perlu apa-apa tolong bagitau teacher.
Even kalau duit belanja tak cukup pun bagitau.
Ada ke apa-apa yang awak nak?”
“Haritu masa pergi KLCC saya teringat kedai buku
yang teacher cakap selalu beli tu.
Tapi masa tak cukup.
saya rasa nak beli satu buku cerita macam
yang kawan-kawan lain dapat bila diorang dapat A.
Saya nak teacher tulis kata-kata semangat
dan signed kat situ. Buku tu takde kat sini kan?”
“OK, I will get one for you.
Jangan lupa, bila lepas solat
doakan orang
yang beri awak hadiah ini.
Doa semoga mereka murah rezeki
dan di bawah rahmat Allah.”
Dia menangis dan terus menangis.
“Allah saja mampu balas Teacher.
Saya akan selalu doa.
Teacher tolong kirim salam
dekat semua orang yang tolong saya.”
“Oh Teacher lupa ada kakak sorang
nak bawak awak jalan-jalan
tengok KLCC lagi.
Kakak itu baik, dia kerja sana.
Dia cakap dia sanggup
bawa awak.
Lepas UPSR kita pergi ya?”
Dia terus menangis dan memeluk saya.
“Saya doa teacher pun murah rezeki.”
Orang yang bersyukur sentiasa fikirkan orang yang lain.
Semasa kelas
malam kami,
saya lihat dia sedang menulis nota di atas kertas,
potong
kertas tersebut dan letakkannya di dalam beg plastik.
Saya tidak
bertanya sama ada dia sudah siapkan kerjanya.
Kemudian dia memberi
isyarat kepada saya untuk jumpanya di luar.
Saya pergi.
“Teacher, for you.”
“Did I say you have to buy something for me?
Well, Thank you sayang.”
“Ini ikhlas. Saya teringat dekat teacher masa dekat sana.
Kalau teacher tak tolong,
tak merasa saya pegang duit banyak tu.
I hope you like it.”
“I am and will like it forever.
Thank you again.”
sedih kan?
dari kisah ini sebenarnya
saya dapat belajar tentang sesuatu
semua orang akan merasai detik susah dan sukar masing2
namun tak semua orang
dapat menempuhinya dengan sabar dan redha
hanya mereka yg faham
jadi lebih menghargai
dan dalam banyak2 dan ramai2
yg susah inilah yg selalunya menyenangkan
semoga pelajar perempuan tersebut
selalu berada di dalam berkat dan lindunganNya
Amin.
p/s : sebenarnya, dapat nie drpd hubby akak
akak pun reply 'saya pun dah lama
x ke KLCC...kesian gak kan???'
korang tau apa jawab dia
'tak kesian langsung ok'
menyampah!!!!
hahaha!!!!