Tuesday, September 30, 2014

AmanahNya, jagalah sebaiknya



lately
samada kita sedar ataupun tidak
makin berleluasa kes penderaan 
bayi & kanak2
dan yg paling sadis
sampai menjadi kes kematian
aduhai!!!
tak kisahlah siapa si pelaku
baik ibubapa sendiri, penjaga atau pengasuh
kenapalah harus menjadi sangat kejam???
mana letaknya perimanusia???
bayi & kanak2 adalah
sesuci & secomel2 ciptaan
yg sepatutnya dijaga
dengan penuh kasih dan sayang
mereka sebaik2 amanahNya kepada kita
:(






siapa yg tidak sedih 
melihat gambar di atas kan???
seakan2 terasa sakit & pedih 
yg terpaksa ditanggung
laki akak pun tiba2 jadi emo
katanya
'kalo la papa bapa kepada budak nie
memang siaplah kena lecur
punggung dia tue balik' 
dan akak yg memang sedia emo
menambah
'eh! dua2 belah pipi sekali'
biar sakitnya...parutnya
terkesan selama2nya dlm hidup dia

p/s :
Ya Allah, syukur Icha punya ibu yg sgt baik
malah sampai saat ini
kasih, sayang & rindunya masih dan tetap ada utk Icha
hanya Allah yg dapat membalas segala jasanya




Monday, September 29, 2014

asal Monday jer nak blues


it's Monday 
and I'm happy
wah!!!!
kepelikan di situ 
tak pernah2 nak happy on Monday kan???
betullllllll
ala, korang pun sama
kan???
kan???
kan???







akak siap selfie manja2 gituuuuu
sambil show off jerawat kat tepi hidung
korang adaaaaaaa
rasa nak lempang sedas jer kan???
hahaha!!!
memang betul2 happy nie
korang nak tau kenapa???
sebab boss akak tak de
outstation sampai hari rabu
dah dah
akak nak tido jap
eh!!!
korang gi sambung keje!!!
ok bye



p/s : asal Monday jer, mesti nak blues 
korang ingat hari lain x bleh nak blues ke???
macam akak, hari2 ada blues tau
sebab hari2 pun malas & bosan
dasarrrrrrrrrr
hahaha!!!!





Friday, September 26, 2014

oh! anak


on Emergency Leave semalam
sebab Icha tiba2 demam panas
tengok2 badan dia macam 
naik ruam2 merah 
harap2 bukan campak laaaa
get well soon sayang
muahssss
 








Wednesday, September 24, 2014

Marah Itu Sakit


"suatu malam, seekor ular 
menyelit masuk ke dalam gudang kayu
secara tak sengaja
ia menyusur di atas gergaji
tajamnya mata gergaji itu
menyebabkan perut ular terluka

ular beranggapan gergaji itu menyerangnya
ia pun membalasnya dengan 
mematuk gergaji itu berkali2
serangan tersebut menyebabkan 
bahagian mulutnya luka parah

marah dan sakit yg amat sangat
ular itu berusaha mengerahkan
kemampuan terakhirnya utk 
mengalahkan 'musuh' tersebut
ia pun membelit gergaji itu sekuat tenaga
belitan tersebut menyebabkan lukanya 
teramat parah dan akhirnya 
ia pun mati di situ"


pengajarannya : 
di saat beremosi dan marah,
rasanya mudah sekali bagi kita untuk melukai
dan menyakiti orang lain. 
padahal kalaulah benar2 kita sedar, 
sebenarnya yg akan terluka 
dan sakit adalah diri kita sendiri. 
Maka benarlah sabda Nabi S.A.W. yg bermaksud
"Bukanlah orang yg kuat itu orang yg menang 
bertumbuk, tetapi orang yg kuat ialah
orang yg mampu mengawal diri daripada sifat marah"
(HR Bukhari & Muslim)



keep calm & don't marah2 
:P





Tuesday, September 23, 2014

Bagan Lalang


cuti Hari Malaysia hari tue
punya laaaaaaa malas
hubby tapau breakfast @ kedai mamak
tengok tv, tido & tengok tv
lunch pun takkkkk
sebab bantai tido
hahaha!!!





 sian budak nie
terbiar
hahaha!!!!
tiba2 papa kata 
'jum seafood'
apalagi
ke Bagan Lalang la kita
tapi sambung tido dulu ok
hahaha!!!!

 

ok, nak makan apa nie???


lepas Asar terus gerak
punya laaaaa lapar
tahap nak telan budak teropong tue
hahaha!!!
sampai2 punya la ramai
nak tak nak 
kena beratur gak
tapi hubby jer la yg beratur
sape suruh tak call reserve siap2
:P
dah settle beratur & pilih
kena tunggu masak laaa plak
ok, sabar
sabarlah perutttttt
makanan sampai jer
memang terus bedal 
snap pic pun takkkk
memang tak laaaaaaaa
dasar pelahap
hahaha!!!!




ok, pesanan penaja
kalo ke Bagan Lalang
jangan lupa singgah makan 
di kedai Senandung Malam
sebab sedap & murah
bertambah sedap kalo hubby yg belanjaaaa
betullllll tak tipuuuuuu
hahaha!!!!


p/s : ada budak tue 
tak suka pasir
'habis kotor kasut icha tau'
diva sgt ko nie nak
hahaha!!!!




Monday, September 22, 2014

Cinta Seorang Pomen

tertarik utk berkongsi 
sebuah cerita cinta sedih
bukan tentang kesedihan yg dihadapinya
tetapi kesedaran yg diperolehinya
Allahuakhbar
jika inilah hikmahnya
apalah sangat nak dibandingkan
dengan airmata dan kekecewaan itu
redha dengan takdir Allah
yakin pasti akan ada indah pada akhirnya
:)
 
 
""Kau okay ke?"

Aku menyapa sepupuku. Seorang pomen. Dengan muka tak bermaya, dia membuka mulut,

"Tak lama lagi dah nak nikah. Persiapan semua dah buat. Kad pun dah tempah.

Tapi, beberapa hari ni aku sedih sangat. Kadang-kadang, macam nak gila pun ada rasanya. Kerja apa pun tak boleh buat. Bengkel terpaksa tutup selama dua hari. Fikiran entah ke mana.

Tunang aku minta putus. Dia dah ada orang lain."

Aku terkejut.

"Biar betul? Kan dah 3 tahun kau kenal dia? Takkan senang-senang saja dia tinggalkan kau."

"Betullah ni. Aku pun tak percaya dia tergamak buat aku macam ni."

Aku suruh dia ceritakan apa sebenarnya dah berlaku. Dari awal sampai akhir. Pada mulanya dia agak berat hati, tak nak nanti disangka memburukkan tunangnya sendiri. Tapi, akhirnya dia mengalah juga. Tak dapat pendam lagi.

"Tiga tahun dulu, aku kenal dia. Dia biasa-biasa saja. Berbadan gempal tak macam orang lain. Taklah lawa macam orang lain. Aku bukannya memilih. Aku sedar diri aku siapa, kerja apa. Dia terima aku senang hati masa tu. Aku pun terima dia seadanya dia. Dia pun orang miskin macam aku. Jiwa yang sama.

Masuk tahun kedua, dia selalu mengadu kawan-kawan tempat kerja dan orang sekeliling prejudis padanya. Selalu mengata obesiti dia. Selalu kritik tubuh badannya. Aku suruh dia bersabar. Jangan peduli kata orang. Bagi dia kata-kata semangat. Buat apa dengar cakap orang, aku kan ada selalu sayangi dirinya. Sekurang-kurangnya dia ada aku.

Lama-lama, aku rasa tercabar. Aku niat nak transform dia jadi macam wanita lain juga. Cantik macam orang lain. Dari saat tu, aku kerja rajin-rajin siang malam. Tak banyak pun aku dapat kerja pomen. Untung kadang-kadang atas barang, selebihnya atas perkhidmatan. Kalau dengan geng-geng datang repair, tak bolehlah nak caj banyak. Harga sedara-mara je lah. Akhirnya, selepas 3 bulan bertungkus lumus, dah macam orang minyak dah siang malam tangan dan muka penuh minyak hitam, cukuplah bajet aku.

Aku hantar dia pusat kecantikan. Khas untuk kuruskan badan. Beribu jugalah habis untuk set kecantikan hujung rambut sampai hujung kaki. Kos untuk gym dan lain-lain.

Aku buat semua ni sebab aku sayang. Aku taknak dia terhina dan rasa rendah diri. Kalau dia happy, aku pun happy.

Hasilnya, lepas enam bulan, aku pun tak sangka. Dia akhirnya berjaya kurus slim dan cantik menawan. Dah macam model. Cantik sangat. Siapa kata perempuan gemuk tak boleh cantik? Sekarang, yang mengutuk tiada lagi, diganti dengan pujian. Dia pun tambah sayang dekat aku. Kemudian, kitorang bertunang.

Masa bertunang, aku kerja makin rajin. Aku nak beli kereta untuk dia. Wira je pun. Senang dia nak pergi kerja. Awal tahun ni, aku pun berjaya belikan kereta. Atas nama dia. Second hand je pun. Tapi, aku dah repair semua macam baru. Modified full set.

Tapi minggu lepas, dia datang ke bengkel aku. Betul-betul buat hati aku hancur berkecai. Dia nak putus. Dia pulangkan balik cincin tunang.

Aku merayu dia semampu hati. Tapi, lagi mencalarkan hati aku. Dia bukan datang sendirian. Dia datang dengan teman lelaki baru. Segak bergaya. Nampak macam orang kerja pejabat. Aku tak mampu kawal kemarahan aku, aku terajang lelaki tu. Dasar lelaki tak boleh tengok perempuan cantik sikit! Tak fikir ke perempuan tu tunang orang. Last2, aku gak yang dimaki perempuan tu. Aku gak yang disalahkan."

Dia dah menitiskan air mata lelakinya. Aku cuba menenangkannya. Tapi, dia menyambung kata,

"Minggu ni, aku suruh dia kembalikan kereta yang aku bagi. Buat apa kereta tu lagi, dah ada kereta yang lagi mewah, kan? Dia tak nak bagi. Dia kata, kereta tu atas nama dia. Dia maki aku mengungkit jasa dan pengorbanan. Dia maki hamun aku cukup-cukup.

Dia lupa ke, selama ni aku yang berdiri di belakang dia support segala-galanya? Lelaki yang sanggup berkorban apa saja untuk dia?"

Aku terdiam. Tak sangka dalam dunia ni, manusia boleh berubah 360 darjah sekelip mata.

"Kau nanti berhati-hatilah. Jangan jadi macam aku, tak perlulah kau berkorban harta dan segalanya untuk orang yang belum sah jadi isteri kau. Pesanlah pada semua baik laki atau perempuan. Jangan kerana sayang, segalanya sanggup. Tak perlu berhabis untuk awek atau pakwe. Manusia masa susah, cari kita. Bila senang, tinggalkan kita.

Aku pun terfikir, kenapa aku tak berhabis untuk masjid ke, untuk agama ke. Untuk Allah, tak pula aku sanggup berkorban apa saja. Untuk Allah yang lebih patut aku cinta, aku tak buat begitu pula. Tapi, untuk orang yang aku cinta, sebaliknya. Patutlah Allah duga aku macam ni. Supaya aku ingat balik dekat Dia. Malunya aku. Alhamdulillah. Aku reda segalanya walaupun hati aku sedih."

Aku pun sebak dengar ceritanya.

Dua tahun kemudian, Allah hadirkan pengganti padanya. Benarlah, bila kita kembali pada Allah, dia akan datangkan yang lebih baik. Lebih cantik, solehah dan boleh hidup susah dan senang bersama. Dah kahwin pun akhirnya. Allah tidak pernah menemukan kita dengan orang yang salah melainkan untuk hikmah. Kita saja yang selalu salah buat pilihan."





Friday, September 19, 2014

till jannah vs till neraka



good sharing on Friday
sebenarnya ia lebih kepada
pengajaran & peringatan
utk kita semua
kecantikan luaran
tidak pernah menjanjikan apa2
kita telah lihat 
kita banyak dengar
kes perceraian yg melibatkan 
suami kacak, isteri cantik
suami kaya, isteri bergaya
kebahagiaan yg dicapai
ternyata bersifat sementara
jadi
apakah yg menjamin 
kebahagiaan till jannah
cantik???
aku rasa perlu
tapi biarlah balance cantik luar & dalam
duit???
aku rasa juga perlu
tapi biarlah beringat & tidak terlalu mengejar
lain2???
fikir2kan laaaaaa
bukan senang nak senang
tapi memang senang nak susah
berhati2 dalam memilih
kerana dalam hidup nie
selalunya tak banyak pilihan kan???







p/s : MasyaAllah, aku bukan isteri yg sempurna
Ya Allah, kuatkan aku utk menjadi yg terbaik
sekurang2nya kepada dia yg ku cinta
*tears*





Wednesday, September 17, 2014

wedding @ Presint 15, Putrajaya


wah!!!
asal ada wedding jer
mesti ada muka2 mereka nie
hahaha!!!!
biar laaaaa
kami memang suka wedding
and all about wedding
alasannnnnnn
padahal
ko suka makanan wedding
kan?
kan?
pfffffffttttttt



 amboi!!!
kemain anak dara akak posing
dengan souvenir wedding
katanya 'dua2 icha yg punya'
memang tak laaaaaa
sebab mama yg makan dua2 tue
eh! tak 
satu setengah jer
sebab setengah lagi 
dia yg makan
hahaha!!!!
memang tak menahan mama ko nie
oh! ye
dalam tue ada kek coklat kukus
yg comel & sedappppp sgttttt






 ok, bagi peluang kat papa
 posing dengan anak dara dia
nampak mesra
padahal 
si anak bising nak posing sorang2
kemain ok
tengok la pic kedua tue
dia jalan menonong
dan paling penting
tengok la muka tak puas hati papa
anak dara awak memang
kemain sombong lagi
cubit kang!!!!
hahaha!!!!





 nak balik dah masa nie
pengantin tak sampai lagi
so, dapat posing dengan emak pengantin jer
jadi laaaaaaaa
korang nak pic pengantin gak ke???
nak ke tak nak???
nak ke tak nak???
ok, ok






*






*





*





*







sorry, pengantin lama jer
nasib la anak dara kami sudi snapkan
muahsssss





Monday, September 15, 2014

awaa saia taa kuad






budak nie kan
kuat sentap 
kuat merajuk
kuat menangis
aku baru jengil biji mata
dah cebik2 mulut dia
belum lagi
aku kuatkan volume suara
memang mencurah2 airmata dia
Neng Yatimah sangat
 hahaha!!!
dah menangis memang takkan stop
selagi tak peluk & kata sayang dia
mama tengah marah 
memang tak laaaaaaaaa 
nak peluk2, nak bersayang2
lambat skittttttttt
ok, bye!!!!
hahaha!!!!


 awaa jangan macam nie selalu
saia taa kuad 
hahaha!!!!



p/s : hari nie bawa beg baru 'frozen' gi school 
setelah berminggu2 dok berzikir
'beg baru beg baru'
papa kata ikut sape la nie???
uwaaaaaa
papa, awaa jahat!!!!!!!!




Friday, September 12, 2014

kentut


Ketika mesyuarat sedang berlangsung 
antara para guru dan guru besar, 
kedengaran bunyi 'phoooot'
 dan disusuli aroma yg kurang enak. 
Lalu, para guru masing2 memberi komen :

Guru Maths : ermmm...sesuatu yg tidak boleh didarab
tetapi baunya boleh dibahagi-bahagi 

Guru Muzik : wah!!! nada bunyinya terletak 
pada chord c major

Guru Fizik : itu sebenarnya inner power,
tenaga yg digunakan sedikit sahaja
tetapi hasilnya luar biasa

Guru Agama : ini salah satu penyebab 
batalnya wudhuk 

Guru Geografi : kedudukannya mengikut
arah mata angin

Guru Sejarah : salah satu penyebab 
berlakunya perang mulut

Guru Besar : sememangnya saya yg kentut...
besar betul ke masalahnya????


adoiiiiiiiiii
kentut jer pun
hahaha!!!!


keep calm & kentut diam-diam!!!










Thursday, September 11, 2014

tudung diyanazaskia katanya ;)




donning tudung ala2 diyanazaskia
yg wife Aaron Aziz jual tue
kelasssssss
but this one by my bff, Diana
yg penting Diana juga
dan jauh dari KK sana 
;)
anyway, tq sayang
dia tau aku pemalas
so, memang sesuai sgt 
tudung instant nie utk aku
:p



p/s : konsepnya tetap sarung 
& lilit saja..suka sgt!!!!




Tuesday, September 9, 2014

muah cikeddddd



me
and
my mini me
:)



@Genting Highland, April 2014





sakit yg paling sakit



eh!!!
tajuk apa tue???
hahaha!!!!
sekarangggggg
cuba teka???



*




*




*




*



ada orang kata sakit hati
tapi
sakit hati pun 
masih boleh tido
tetap boleh makan
kan???
kan???




 *




*




*




*



masih tak dapat teka
alaaaaaaa
 jawapannya, sakit gigi
kalo kena
perghhhhhh!!!
apa pun tak boleh 
betul tak???
betul tak???




Monday, September 8, 2014

Legoland oh Legoland


ada sorang budak tue
 lately, mulut dia asyik berzikir
'legoland legoland'
 sibuk sgt nak gi sini
hahaha!!!!





tengok pics nie pun dah wat mama teruja...eh!!!


keep on zikiring & praying sayang
moga cepat2 la 
terbuka hati papa tue
nak bawa kita ke sini kannnnnnnn
hahaha!!!!


and last but not least
inilah budak tueeee


 si sentappp...aummmmmm!!!!







Friday, September 5, 2014

Rindu Awak 200%



betul ke???
dengar cite
drama Rindu Awak 200% ada sequel
wah!!!!
ini memang berita gembira
buat semua peminat
si abang sadooooo
:p
ye la, katanya dah mula rindu
eh! tak percaya???
akak tak tipu laaaaaaa
ok, cuba tengok bawah



*




*




*




*




*




*




*





*




 *pengsan*



oppsss
nampaknya bukan abang sadooo lagi
tapi 
tapi
kakak sadoooooooo
dengan tajuk yg baru
Rindu Awak 200 Kilogram
hahaha!!!! 





Thursday, September 4, 2014

#gaya tudung terkini


ambik!!!
kemain kelasssss tajuk ko
tapi betullll laaaa
akak nak kongsikan gaya tudung terkini
yg selalu akak gayakan
terkini ke tak terkini
jangan komen
ikut suka akak laaaaaaaa
:p








 ini antara cara pemakaian tudung
yg selalu akak gayakan
nampak macam ok
tapi sebenarnya senget2 gak
ko ingat senang nak melilit
dengan hubby berdiri kat pintu
'cepat cepat' sambil tengok jam
eeeeeeee memang tau
hilang semangat akak nak melawa2 
hahaha!!!!!
tutorial nak pakai macam kat atas tue???
tak yah kot
akak bukan artis ok
tapi basicnya sebelum lilit shawl 
bahagikan kedua2 shawl
sebelah panjang dan sebelah pendek
yg pendek pinkan terlebih dahulu
nak pin kat mana, ikut la tang mana pun
yg penting selesa
kalau x nak pin pun boleh
sila ikut langkah seterusnya
amboiiiii!!!!
ok, part yg panjang lilitkan
dan pinkan kat atas kepala
then, yg tak nak pin tadi 
tarik ke belakang sikit dan pinkan
tadaaaaa
so, jadi la macam yg bertingkek2 tue
kalau ada yg tak faham lagi
nanti akak buat kelas tambahan ok
hahaha!!!!
 


cara kat atas nie pun akak suka gak
simple dan senang
tapi janganlah samakan dengan
pakai tudung instant ya
memang la senang
pejam mata pun boleh sarung
dah siappppp
kan???? 
akak pun pakai tudung instant ok
especially kalau kuar malam2
gi makan ke gi Tesco ke gi Giant ke
gi kedai mamak ke 
oppppsss
maklum laaaa 
banyak sangat kedai mamak 
kat area rumah akak sekarang
kelasssssss
sempat promote kedai mamak kat rumah lagi
hahaha!!!!
memang yg instant pilihan akak tau
cepat dan paling penting
ya, ini sangat penting 
hubby akak tak membebel 
akak lambat siappppppp
hahaha!!!!



tapi inilah tudung paling tersayang
dan tercinta sekarang nie
madison sofia by sugarscarf
sebab senang sangat nak pakai
sarungkan inner yg bersekali dengan shawl
then, lilitkan jer
aduh!!!!
rasa nak menangis ok
terharu sebab senang sangat 
paling penting, tetap cantikkkkkk
eh! cantik ke???
maksud akak tudung tue ya
hahaha!!!!!




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails