Thursday, June 25, 2015

Sup Ketam


TAKKKK!!!
tak de sape yg kena denggi ok
hahaha!!!!
hubby akak tetiba nak makan sup ketam
katanya...sedap kalo dapat hirup sup panas2
masa berbuka....ssslurpppppppp (dgn sound effect)
dia punya slurrppp tue
memang saja...nak psiko akak tau


kerana kekasih, aku turutkan
terimalah juadah dari hati yg penuh kasih sayang
tak menahan!!!!!


Bahan bahan: 

3 ekor ketam 
1 biji ubi kentang
separuh batang carrot
1 biji tomato
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak utk menumis 

Bahan tumbuk: 
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
lada putih 

Bahan tabur: 
Cili padi
Daun sup
Bawang goreng 

Cara cara:
Tumbuk semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak. 
Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
Masukkan air, ubi kentang dan carrot yg telah dipotong kecil. 
Setelah ubi kentang dan carrot empuk, masukkan ketam. 
Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.
  Akhir sekali, masukkan tomato, garam dan serbuk perasa. 
Sebelum dihidang, taburkan daun sup, cili padi yg dipotong bulat
dan bawang goreng.

 

p/s : memang sedap berbuka dengan sup ok
first time makan bertambah semalam
ehhhhhhhhh!!!!




4 comments:

intandayani said...

Lamanya tak mkn sup ketum eh ketam

Unknown said...

intandayani ~ bahaya sup ketum...hahaha!!!!

Azhafizah MN said...

bertambah makan la macam ni..sedap!

Unknown said...

Azhafizah Md Nor ~ tu la..hahaha!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails