Friday, December 19, 2014

perkongsian jumaat :)


Berita Harian - 141 maut serangan Taliban 
di Sekolah Tentera Pakistan


"Seorang remaja yang terselamat, 
Shahrukh Khan menyorok di bawah meja
dengan rakan sekelas apabila empat lelaki bersenjata 
menyerbu masuk bilik mereka berkata, 
dia berpura-pura mati selepas terkena tembakan
 di kaki sambil memasukkan tali leher ke dalam mulutnya 
bagi mengelak daripada menjerit.

"Saya nampak sepasang but besar warna hitam
 berjalan ke arah saya, 
 lelaki ini mungkin mencari pelajar 
yang bersembunyi di bawah bangku," 
 katanya ketika dirawat di Hospital Lady Reading.

"Lelaki memakai but besar itu 
terus mencari pelajar dan menembak 
ke arah badan mereka. 
Saya baring dan tidak bergerak
 sambil menutup mata, 
 menunggu untuk ditembak lagi," katanya.

"Badan saya menggigil, saya hampir mati 
dan saya tidak akan lupakan but hitam menghampiri saya. 
Saya rasa seperti mati sedang mendekati saya," katanya."



SubhanaAllah
sesungguhnya..mati itu pasti
boleh jadi di mana2 dan bila2 masa
ya..siapalah kita untuk menidakkannya
tapi dalam kes remaja di atas 
dia rasa hampir2 mati
namun hingga ke saat akhir 
dia masih terus berusaha utk hidup 
dan siapa menduga 
akhirnya dia terselamat 
alhamdulillah..syukur
hampir2 mati..tapi masih terus hidup
suatu keadaan...yg aku sendiri
tak mampu nak bayangkan
seksanya, sakitnya...hanya dia yg tahu
namun utk kembali hidup 
apalah sangat semua itu kan?
bagi yg terpilih melalui rasa itu
tentunya...lebih tahu menilai hidup 
di masa2 mendatang 
bagi yg tidak terpilih
itu bukan bermakna
kita tak menghargai hidup kan?

 
p/s : kadang2..samaada kita sedar ataupun tidak
Allah datangkan kebaikan dan rahmat 
utk kita melalui musibah
supaya bila kita kembali sedar 
kita akan selalu dekat padaNya







No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails