berat mata memandang
berat lagi bahu yg memikul
itu jer yg dpt aku rumuskan
tentang tragedi terkini yg melanda
negeri2 di pantai timur
:(
SubhanaAllah
pertama kali dalam hidup
menyaksikan sendiri kejadian banjir
memang aku tak lepas dari rasa cemas dan takut
just bayangkan...pada 26/12 (Jumaat)
semua telah diberitahu tentang air
yg mungkin naik tinggi pada jam 3 - 4 pagi
seawal 2 pagi kami telah keputusan bekalan elektrik dan air
dan seperti dijangka air yg pada mulanya
hanya berada di halaman rumah
terus melimpah naik sampai ke garaj kereta
air nie...kita tak boleh duga
sekali ia melimpah...boleh menjadi lautan
jangan fikir...kami boleh tido masa tue
mujur la rumah keluarga agak tinggi
jadi air cuma sampai ke muka pintu
dan memasuki kawasan ruang tamu rumah
jadi..rumah hanya terjejas sedikit sahaja
Alhamdulillah...Allah permudahkan perjalanan
majlis perkahwinan adik
dengan cuaca yg sangat baik
siapa sangka banjir bakal datang
namun, sebenarnya...aku rasa syukur
sekurang2nya diberi peluang
utk merasai sendiri tragedi ini
malah lebih penting....saat2 sukar itu
berjaya aku lalui bersama keluarga mertua
mereka sgt kuat dan tabah
Ya Allah..kami redha dgn dugaanMu kali ini
cuma harapanku...Kau pelihara dan lindungilah mereka
dan mangsa2 yg lain
sehingga hari ini...banjir di rumah semakin surut
bekalan elektik dan air juga telah ada
keluarga telah kembali semula ke rumah
dan dalam proses membersihkan rumah
alhamdulillah
:)
seronok gak main air
:p
risau juga banyak jalan ke airport tutup kerana banjir
alhamdulillah...perjalanan kami lancar tanpa ada sebarang kesulitan
dan akhirnya...selamat sampai di sini
:)
p/s : tragedi banjir kali ini memang teruk
ini bukanlah masa kita menunding jari
meletakkan musibah ini sebagai balasan atau hukuman
itu tanda Allah sayang dan ingatkan kita
insyaallah..akan kita peroleh hikmah atas segalanya nanti
sama2 la kita membantu apa yg termampu
kerana sesungguhnya...mereka sedang berada
dalam keadaan yg sangat2 memerlukan
:(
No comments:
Post a Comment