dari seawal usia 2 bulan
Icha dah dengan Ibu
dapat Ibu nie pun melalui kawan
katanya Ibu pengasuh yg terbaik
pernah dia jumpa
sayang sekali..masa mula2 jumpa
Ibu dah tak nak terima baby
puas papa pujuk
tak cukup tu
aku & Icha pun datang jumpa dia
dia tetap tak nak terima
sedih sangat tapi nak wat macam mana
aku kira tak de rezeki kami
sampai la hari2 terakhir
nak masuk bekerja semula
nak masuk bekerja semula
dengan masih ketiadaan pengasuh
tiba2 Ibu sms papa
tanya 'dah dapat pengasuh ke belum?'
katanya 'dia terpandang2 dan teringat2
muka aku & Icha'
menjadi mandrem aku
hahaha!!!
*gelakevil*
sumpah la takkkkkk
so, bagaikan orang mengantuk disorongkan bantal
papa pun jawab la 'tak de lagi'
sejak detik itu
Icha terus dijaga Ibu
sampailah usianya 4 tahun
tak terasa 4 tahun berlalu bila dengan Ibu
Ibu memang sebaik2 pengasuh
cuma bila dah dapat pengasuh yg baik
jangan plak kita tak beringat
beringat yg macam mana???
permudahkan keje pengasuh
makanan Icha memang aku bekal siap2 dari rumah
baju kotor dibawa balik setiap hari
hargai pengasuh
jangan berkira atau kedekut dengan pengasuh
tak perlu ke mana2 atau ada hari2 special
untuk beri dan hadiahkan dia something
bertolak ansur dengan pengasuh
pengasuh pun manusia biasa
ada masa, dia sakit jadi perlu rehat
dan ada waktunya
dia ada hal peribadi/kecemasan jadi perlu cuti
berikan mereka masa yg sewajarnya
sebenarnya, mudah jer
konsepnya tetap
hubungan manusia sesama manusia
bila berbuat baik
insyaallah kita akan mendapat
balasan yg baik juga
aspek penjaga @ pengasuh
sepatutnya diberikan keutamaan
sekurang2nya
siasat latar belakangnya
teliti keadaan rumah dan persekitarannya
sentiasa berhati2 dalam memilih
kita dah berusaha mencari yg terbaik
selebihnya kita serahkan kepada Dia
kerana Dia sebaik2 penjaga dan pelindung
insyaallah
5 comments:
btol tu..untung la dpt pengasuh yg baik..dah jaga anak kita elok2 kan..takde la nk risau hari2 pegi keje duk igt anak ;)
kan? kak ayu dulu pun..memang takut bila bab nak cari pengasuh...
alhamdulillah..tak susah..
dpt pengasuh yg baik sangat2..dah mcm kakak adik. Ian.dr umur 8 bulan ke 6 tahun. iris plak...dr baby sampai ke la umur 4 tahu. sekarang ni pun..kak ayu masih keep in touch ngan pengasuh...walaupun dia tak jaga Ian & Iris lagi. sbb dia baik sgt
lovelywa ~ ya...kalo tak, memang pening nak fikir anak...buat keje pun tak fokus kan :)
mummy_ayu ~ ya kak...alhamdulillah, kita bernasib baik jumpa dgn pengasuh yg baik kan? jue pun sampai skrg masih berhubung dgn pengasuh Icha walaupun dia tak jaga Icha dah...jue dah anggap dia mcm kakak sendiri :)
hi mama marissa...
ibu min mmg yg terbaikkkk...
yang benar.... ibu hariz.. hihihi
Post a Comment