kisah ini benar-benar menyentuh hati
bagi sesiapa sahaja yang
membacanya
membaca kisah kesusahan orang lain
tanpa kita menduga air
mata ini mengalir tiba2
bukan kerana kesusahan yang mereka hadapi
tapi kerana kecekalan mereka menghadapi kesusahan itu sendiri
betapa besarnya jiwa mereka
Masyaallah
:(
Cerita ini mengisahkan tentang dua orang
sahabat baik.
Ia telah diceritakan oleh seorang ibu
yang mana anaknya
ada berkawan dengan seorang perempuan
yang bernama Amira (bukan nama
sebenar).
Semuanya bermula dengan kisah nasi goreng.
Begini kisahnya..waktu rehat di sekolah
anak saya akan makan bekal yang dibawa dari rumah,
makan bersama-sama
kawannya Amira di kantin sekolah.
Anak saya selalunya akan bawa nasi
goreng
dan Amira selalunya bawak roti kosong 2 keping
yang dibungkus
dalam plastik.
Roti itu dia akan cicah
dengan air sirap yang dia bawa
dari rumah.
Itulah rutin bekalan harian yang di bawa
oleh Amira setiap hari.
Anak saya pun selalunya memang bawa nasi goreng
sebab itu memang kesukaan dia.
Amira memang suka sangat makan nasi
goreng tu
dan anak saya tak kisah untuk berkongsi nasi bersama-sama.
Dia
memang hari-hari bagi Amira makan nasi goreng tu.
Mungkin Amira dah jemu
agaknya
hari-hari bawak roti kosong cicah air sirap jer.
Suatu hari..anak saya bersuara kepada
Amira.
“Mira..aku teringin nak makan nasi goreng ko..
ko asyik bawak roti
jer..
apa kata esok kita bawak nasi goreng sama-sama nak..
Nanti kita
makan tukar-tukar kat kantin..”
Amira termenung..nampak muka dia macam tak sedap.
“ Alahh..tak nak lah..nasi goreng aku tak sedaplah,
mesti ko tak nak makan nanti”
“Ala, ko bawa jelah, belum bawak,
dah kata nasi goreng ko tak sedap..
ko bawak je lah..mesti sedap punya.”
“Ok lah,ko punya pasal esok aku bawak ya.
Aku bawak nasi goreng special untuk ko.”
Yeeaaahhh..anak saya suka sangat
bila Amira bersetuju nak bawak nasi goreng esoknya.
Sampai di rumah,malam hari sebelum tidor
Amira cakap kat mak dia yang esok
dia nak bawak bekal nasi goreng.
Dia
tak mahu bawa roti kosong 2 keping tu.
Keesokkannya dalam dalam kelas..anak saya bertanya Mira.
“Mira ko bawa nasik goreng tak?”
“Aku bawak ni”.Mira senyum
“Ok..cayalah..tak sabar nak makan nasi goreng ko Mira oiii.”
Tepat pukul 10.00 pagi loceng rehat
bunyi,
mereka berdua berlari ke kantin..nak tukar-tukar nasi goreng
Sampai di kantin, anak ku membelikan air minuman
untuk mereka minum
bersama.
“Jom kita buka bekal sama-sama.”
Anak ku mengeluarkan bekas nya.
Amira pun
keluarkan ‘bekas’ nasi goreng dia dari dalam beg plastik.
Tiba-tiba
mata anak saya tidak berkelip..
“Amira mana nasi goreng ko? Ko bawa apa ni..?”
“Ni lah nasi goreng aku..ko buka je lah..”
Tuan/Puan nak tau?
Nasi goreng tu diletakkan dalam bekas sabun Axion
pencuci pinggan cap Lemon
yg warna kuning tu
“Amira..kenapa ko letak nasi goreng dalam bekas Axion ni?
Mak ko tak marah ker? Tak rasa sabun ke nanti?”
“Tak lah.mak aku yang bubuh dalam bekas
tu.
Kat rumah aku mana ada tupperware macam ko
memang kami pakai balik
bekas sabun tu,
dah biasa dah pakai bekas macam ni”
Air mata anak saya mula bergenang,
tunggu masa untuk tumpah
“Mira,kenapa ko tak cakap yang ko tak de
bekas
untuk bawak nasi ni...aku boleh bagi ko bekas.
kenapa ko tak cerita
dengan aku Mira.ko ni ka.”
Mira tunduk.."tolong jangan nangis boleh
tak?
Semalam ko yang cakap ko
nak makan sangat nasi goreng aku kan?
Sekarang aku dah bawak apasal ko nangis plak??
Makan je lah"
“Mira..aku rasa bersalah sangat sebab
menyusahkan ko.
Tak pe lah Mira jom kita makan..
ko makan nasik goreng aku
ya..aku nak rasa nasi goreng ko..”
“Ehhh..tak per..tak per..ko makan jer nasik goreng ko..
nasi goreng aku tak sedap..
bubuh dalam bekas sabun plak tu..”
“Mira..jangan ckp mcm tu..
bak sini aku rasa nasi goreng ko.”
Anak saya pun makan rasa sesudu
memang
betul pun..tak sedap
nasi goreng Amira putih meleset
tak de
rencah..tak de rasa pun..tawar je..
tapi anak saya tak kisah..dia tak
komplen pun
Cuma masa Mira suap nasi goreng tu
air
mata dia pulak berlinang..anak saya tanya kenapa ko menangis.
Dia cakap
tak ada apa.Tak pe lah.Kita makan aje lah.
dalam zaman serba moden nie
tanpa kita sangka
sebenarnya, masih ada lagi anak-anak
yg hidup menderita begini
Ya Allah, apalah sangat kesusahan yg kita hadapi
jika dibandingkan dgn keadaan mereka yg sangat memilukan
moga mereka dimurahkan rezeki dan diberikan kekuatan
untuk meneruskan hidup
ya, begitulah hidup
akan ada susah dalam senang
akan ada senang dalam susah
tak selamanya kita akan senang
tidak juga kita susah selamanya
jadi, beringat2lah
No comments:
Post a Comment