Allahu
baru2 ini terdengar berita yg kurang baik
suami kepada seorang sahabat lama
menghidap Kanser Paru2 tahap 4
dengan anak2 yg masih kecil
bagaimana agaknya dia menerima semua ini???
di luar jangkaanku...sebenarnya dia sangat kuat
dia belajar untuk redha dan pasrah
dan dari situ...dia perolehi ketenangan
biarpun tak mudah dan sangat sukar
namun sampai saat ini
dia masih kuat dan terus bertahan
nasihatku kepada dia
"Allah pilih dia kerana sayang dan ingatkan dia
Allah tahu dia kuat untuk menghadapi ujian hebatNya
sakit itu mungkin, tapi ajal dan maut tetap di tanganNya
siapalah kita untuk menidakkan kesempatan yang dia masih ada
jalanilah...gunakanlah dengan sebaik2nya
biarlah semuanya indah pada akhirnya nanti"
hanya doa dan semangat dapat aku titipkan dari jauh
moga dia terus tabah menghadapi semua ini
moga dia terus dipelihara dan dilindungiNya
moga segala urusan dia dipermudahkanNya
kekal tabah wahai sahabat
amin YRA
p/s : akan sampai satu tahap kesedihan nie
memang dah tiada airmata lagi
itu bukan tanda kalah atau putus asa
tapi redha dan pasrah
ya...hanya kepada Dia
kita melepaskan dan mengharapkan segalanya
No comments:
Post a Comment