tertarik utk berkongsi salah satu kisah
yg mungkin pada orang lain...biasa2 saja
tapi pada aku..ia sangat mendalam
ya...menjadi syukur itu bukan mudah
apatah lagi untuk redha
kan???
"Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang
diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari
Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh
katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada
tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini.
Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah
mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya
pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya.
Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah
plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation
untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk
mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau
girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap
terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali
duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya
menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau
sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana.
Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga
anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum
dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung
perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan.
Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada
anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil
bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu,
kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada
anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada
perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula
kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula
ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti
dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha.
Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu
nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha
ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam
tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa
saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan
kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan
menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas
motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada
Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan
penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan
yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul
‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang
hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin."
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin."
40 tahun..bukan satu jangka masa yg pendek
namun dapat mereka jalani dengan baik
MasyaAllah
sebenarnya...aku sangat kagum
jika difikirkan semula
bagaimanalah mereka melalui 40 tahun ini kan?
terpaksa berdepan dengan cakap2 dan pertanyaaan2 orang
tak terbayang bagaimana mereka memujuk dan menguatkan diri
cukuplah 3 tahun yg pernah aku lalui sebelum mendapat Icha
dengan keguguran yg berulang kali
Ya Allah..memang sangat menyakitkan
malah sehingga saat ini
aku masih berdepan dengan masalah yg sama
cuma cara penerimaan kali ini
aku lebih kuat...aku lebih tabah
bukan tak terkesan dengan kehilangan yg bekali2 itu
tapi...aku musabahah diri
terima ini sebagai ujian
ya...di sinilah perlu letaknya rasa syukur dan redha
syukur dengan apa yg Allah beri
redha dengan apa yg telah Allah tetapkan
tinggalkan semuanya kepada Dia
kerna sesungguhnya...Dia lebih tahu
apa yg terbaik buat kita
:)
p/s : jadi...boleh bayangkan tak
bagaimana perasaaan orang yg tak ada anak nie
bila orang yg tak nak anak nie
suka-suka hati buang/bunuh anak sendiri
:(
1 comment:
terimakasih infonya,,
sangat menarik dan bermanfaat,,
Post a Comment