Friday, May 29, 2015

Tudung Raya


alhamdulillah
dah selamat sampai semalam
tq Zalora
tapiiiii
baju raya akak tak de lagi
bak kata hubby
insyaallah...ada la tue nanti
uwaaaaa!!!






p/s : moga diberi kekuatan
utk menyimpan tudung ini sampai raya
hahaha!!!!



Thursday, May 28, 2015

Pelangi


orang kata;

seronok jadi bintang,
tiada siapa boleh pegang.

lagi seronok jadi matahari, 
tiada siapa mampu pandang.

tapi jadi tunggul lagi seronok
tiada siapa pun kisah

sebenarnya
yg paling seronok jadi pelangi
biarpun tak pasti, 
kehadirannya selalu dinanti
tetap indah walau hanya
dapat dilihat dari jauh   

Subhanallah
semalam yg indah
:)



oh! KJ





memang sesuai dengan jawatan yg dipegang
belia dan sporty sangat
akak pun teruja tengok
eh!!!!
:p

 
p/s : akak pun belia gak
belia pencen
hahaha!!!




Tuesday, May 26, 2015

Happy 9th Anniversary Love







derita yang datang
telah bersama kita harungi
nikmat yang bertandang 
juga telah bersama kita tempuhi 
denai perkahwinan itu
adakalanya tenang..damai
namun tak lepas dari dihujani airmata 
ya..biar kita rasa
rupanya syurga itu
sangat tinggi maharnya
suami...tidakku tagih
setia...sesetia Adam
atau cinta...segila Qaisy
cuma satu, terus terima diri ini seadanya
aku janji akan menjadi pendampingmu
buat selamanya 
:)


p/s : Loving U is the second best thing
that I ever did in my life
but Marrying U is the best thing of all
I love U, Hubby
muahssss


Monday, May 25, 2015

Gaya Tudung Orang Demam???


adoiii
akak pun ragu 
bertudung ke ber cool fever???
hahaha!!!!





p/s : bad tudung day hari nie
messy sgtttt...kalo nampak akak
buat2 tak nampak ok???
:p


Friday, May 22, 2015

Kisah Syukur Seorang Pakcik


tertarik utk berkongsi salah satu kisah
yg mungkin pada orang lain...biasa2 saja
tapi pada aku..ia sangat mendalam
ya...menjadi syukur itu bukan mudah
apatah lagi untuk redha
kan???

 
"Hari ini dapat pula berkenalan dengan Pakcik Sayuti. Beliau seorang diri menolak motorsikal di PLUS menghala ke Sungai Besi, saya pula dari Nilai dan menuju ke Bandar Seri Putra untuk singgah sebentar ke Studio.
Saya berhentikan motorsikal dan tanya pada Pakcik apa masalahnya, oh katanya minyak habis. Puas juga menahan motorsikal lain kalau mereka ada tiub kecil untuk kami sedut dan ‘transfer’ minyak ke motor Pakcik ini. Tetapi hampa, semua tak ada, ada juga yang tak berhenti pun, tak apalah mereka pun nak cepat menyambut malam jumaat agaknya.
Saya minta Pakcik Sayuti tunggu di situ dan berehat sementara saya pecut ke Bandar Seri Putra membeli minyak dan pusing kembali ke arahnya. Saya maklumkan saya akan lambat sedikit kerana perlu pusing di dua buah plaza toll, beliau angguk faham. Saya terus pecut ke Baking Temptation untuk membeli balang kuih, itu sahaja yang dapat saya fikir untuk mengisi minyak bagi motor ex5 pakcik Sayuti.
Usai sahaja mengisi minyak, saya memecut kembali ke Pakcik. Beliau girang bukan kepalang, menepuk-nepuk bahu saya berkali-kali mengucap terima kasih.
“Nah ambik nih” Beliau menghulur nota RM5.
“Eh tak apa, pakcik simpanlah, bagi cucu aiskrim.”
“Aku anak pun tak ada.” Beliau senyum sendiri dan menyimpan kembali duit tersebut. Saya terdiam dan rasa bersalah sangat, berkali-kali saya menyebut, maaf pakcik, maaf.
“Kau nak cepat? Kalau tak, tunggu pakcik berbuka sekejap, ini ada roti dan air.” Beliau membuka bungkusan perlahan-lahan.
“Laaa! Pakcik Puasa! Ok ok saya temankan.”
Kami duduk sekejap di bahu jalan dan menjamah roti apabila pakcik sudah yakin masuk waktu maghrib. “Kau sudah kahwin?”
“Sudah pakcik.”
“Anak berapa?”
“Alhamdulillah, baru seorang.” Saya jawab perlahan-lahan. Risau hatinya terusik lagi.
“Berapa tahun dah kahwin?”
“Baru masuk 9 tahun, Alhamdulillah.”
“Alhamdulillah, aku sudah 40 tahun lebih, tak ada anak, Alhamdulillah..”
“Pakcik bersyukur?”
“Ha, aku syukur. Hal rezeki kan Allah punya kerja. Kena syukur. Kalau sekarang ini Allah beri aku anak, tak tahulah aku nak jaga macamana. Tak reti dah! Dah tak kuat. Jadi aku bersyukur sangat-sangat. Nak jaga anak zaman sekarang bukan senang!” Beliau menyambung. Saya semakin kagum dan terkebil-kebil tak tahu nak jawab apa lagi untuk menyambung perbualan.
“Orang ada anak ke tak ada anak ke jangan cuba-cuba nak persoalkan. Itu semua rezeki Tuhan, ada beza orang tak nak anak dengan orang tak ada anak.” Beliau terus menyambung perbahasan. Saya diam sahaja sambil bersungguh mengunyah roti macam orang berbuka puasa juga.
“Jaga anak kau baik-baik, itu amanah. Aku tak merasa pikul amanah tu, kau kena syukur. Tapi jangan pula kau pandang tak elok orang tak ada anak, kami tak ada anak, tapi kami manusia juga. Ada hati juga, ada perasaan juga.”
“Betul pakcik.. saya minta maaf sekali lagi. Saya tak ada niat pun.” Saya luahkan kekesalan. Memang menyesal ya amat sebenarnya.
“Takpelah. Kalau kau tak tolong aku hari ini, tah siapa-siapa pula kan. Bersyukur tak jumpa aku? Ke menyesal? Ha ha ha,” beliau mula ketawa, tetapi sudah nampak ada genang-genang air mata.
“Kita jumpa lagilah, aku nak balik Kampung Baru, tadi pergi ziarah anak saudara kemalangan di Labu. Makcik kamu paham benar dah, takut aku balik lambat, tulah dia sedia roti dengan air, kalau tidak dah lah minyak habis, lapar pulak! Ha ha ha. Itulah, aku bersyukur dapat makcik kamu. Tak tahulah siapa pergi dulu nanti, aku doakan biarlah mati sama-sama, tak ada anak, nanti sunyi! Ha ha ha.” Beliau ketawa tetapi mengesat-ngesat mata.
Saya sudah tak boleh tahan, saya menghulurkan tangan untuk bersalam tetapi Pakcik Sayuti menyambut dengan memeluk erat. Dan seperti biasa saya menangis tak tentu pasal di bahu jalan yang mula penuh dengan kereta berpusu-pusu.
Beliau terus memeluk saya dan menangis juga. Kami memujuk dengan menepuk bahu sesama sendiri. Bersalam dan menyambung menangis di atas motor. Kami berlalu dalam senja maghrib pulang ke rumah masing-masing.
Sungguh, tak pernah saya jumpa orang yang betul berterima kasih pada Tuhan kerana diberi ujian. Empat puluh tahun hidup suami isteri dengan penuh kasih sayang tanpa ada anugerah bonus yang dinanti-nanti pasangan yang berkahwin. Allahu akhbar. Memang pakcik hebat.
Saya hanya merasa perasaan ini enam tahun. Selepas itu muncul Nurul ‘Ain dalam hidup kami. Alhamdulillah. Beliau pula merasa sepanjang hidupnya.
Buat Pakcik Sayuti dan makcik, semoga penuh anak-anak yang berlari menyambutmu di syurga nanti. Amin.
Salam Malam Jumaat,
Khairul Hakimin Muhammad
Baru nak baca Yaasin."


40 tahun..bukan satu jangka masa yg pendek
namun dapat mereka jalani dengan baik
MasyaAllah
sebenarnya...aku sangat kagum
jika difikirkan semula
bagaimanalah mereka melalui 40 tahun ini kan?
terpaksa berdepan dengan cakap2 dan pertanyaaan2 orang
tak terbayang bagaimana mereka memujuk dan menguatkan diri
cukuplah 3 tahun yg pernah aku lalui sebelum mendapat Icha
dengan keguguran yg berulang kali 
Ya Allah..memang sangat menyakitkan 
malah sehingga saat ini
aku masih berdepan dengan masalah yg sama
cuma cara penerimaan kali ini 
aku lebih kuat...aku lebih tabah
bukan tak terkesan dengan kehilangan yg bekali2 itu
tapi...aku musabahah diri 
terima ini sebagai ujian 
ya...di sinilah perlu letaknya rasa syukur dan redha
syukur dengan apa yg Allah beri 
redha dengan apa yg telah Allah tetapkan
tinggalkan semuanya kepada Dia
kerna sesungguhnya...Dia lebih tahu 
apa yg terbaik buat kita
:)
 
 
 p/s : jadi...boleh bayangkan tak 
bagaimana perasaaan orang yg tak ada anak nie
bila orang yg tak nak anak nie
suka-suka hati buang/bunuh anak sendiri
:(



Thursday, May 21, 2015

Che Ta Kekal Cantik Di Usia 40-an


"Memasuki usia 42 tahun Rozita Che Wan memang tidak dinafikan 
masih kekal cantik dan ianya menjadi dambaan ramai 
untuk kekal cantik di usia seperti itu. 
Keanggunan Rozita Che Wan turut diperakui ramai 
apabila menjadi duta kepada enam jenama kecantikan sekali gus.
Ramai wanita di luar sana pastinya tertanya tanya 
apakah rahsia Rozita Che Wan nampak kekal muda 
dan kembali langsing selepas melahirkan anak pertamanya 
bersama Zain Saidin baru baru ini
dalam masa singkat enam bulan sahaja.
“Siapa kata, wanita kalau dah masuk 40 tahun, 
dah tak cantik dan tak perlu jaga kecantikan. 
Persepsi yang macam itulah yang menyebabkan 
ada wanita yang lari menyorok bawah katil 
sebab rasa dirinya dah tak cantik,” ujar Che Ta kepada Mangga Online.

Che Ta turut berkata pelantikan beliau sebagai duta produk kecantikan 
 adalah bukti yang wanita masih mampu kekal cantik di usia 40-an 
dan turut berpesan untuk tidak mengabaikan penjagaan diri 
walaupun sudah berusia.
“Perlantikan kita sebagai duta produk Rysya ini diharap 
dapat ‘membuka mata’ sesetengah wanita terutamanya yang berusia 40-an
bahawa dalam usia 40 ke atas juga masih boleh kelihatan cantik”
Janganlah abaikan penjagaan kecantikan 
sampai ada yang usia 30 tahun tapi gigi pun sudah tak ada,” 
tambahnya lagi."


hamboiiii!!!
kemain lagi statement Che Ta
paling tak menahan yg hok last tue
nasib laaaaa...gigi akak masih ada lagi
hahaha!!!!
sape la yg tak nak cantik kan???
nak cantik tue...sebenarnya satu hal
nak kekalkan cantik tue...hal yg lain plak
dan lagi...semua tue menuntut masa dan kos tertentu
lain la...ko memang dah semulajadi cantik
memang tak de hal laaaa
pada akak...bukan tak bleh nak cantik
tapi biarlah berpada2 ok
cukuplah...sihat tubuh badan 
dan paling penting...hati tue
jagalah hati...didiklah hati 
supaya sentiasa baik, tenang dan redha  
 insyaallah
kita akan sentiasa 'cantik' di mata Dia
;)

 
 
Che Ta memang cantik sangat
tapi itulah...bila dah cantik sangat
semua pun kita nak tunjuk
sampai satu tahap...orang dok pertikai
kenapa dia berhijab???
haihhhh!!!


p/s : Icha selalu cakap
'mama cantik macam princess'
wahhh gituuuuu!!!
princess mana pun akak tatau
hahaha!!!!
 


Bengkel Kesihatan @ Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia


alhamdulillah
berkesempatan ke Sasana Kijang semalam
untuk buat duit 
hahaha!!!!
ok...itu tipu
bukan buat duit tapi menghadiri
bengkel kesihatan anjuran Puspanita Kijang
Bank Negara Malaysia
so, that's why la akak kat sini
eh! macam ada orang kisah kan???
hahaha!!!!



 

selesai jer bengkel
terus dijemput untuk melawat
muzium dan gallery bank negara
haaaaaaaa...sana-sini duit ko
akak kayo
akak kayo
:p


p/s :kalo aku kaya
hari-hari hari raya 
fuyoooooo


Wednesday, May 20, 2015

MC





kalo gitu
akak pun nak MC gak
hahaha!!!!


p/s : sakitnya tuh di sana-sini
adoiiiiii!!!


Tuesday, May 19, 2015

Bayi Dikerat 15


ini memang kejam!!!
si pelaku pasti seorang yg tidak waras
kerana tidak mempunyai perasaan 
dan hati perut
sudahlah mati dibunuh
kemudian...dikerat2 pula
:(




p/s : ingatkan ayam jer boleh dikerat2
haihhhhhh



Monday, May 18, 2015

Happy Teacher's Day


amboiiiiii
excited sgt anak akak tahun nie
selagi tak beli, selagi tue la
dia dok berzikir
'jum la beli hadiah, jum la beli hadiah'
tak sabar betul
ikut sape la nieeee???
hahaha!!!!



to Teacher Tikah with love
:)

p/s : besar jasa guru sebenarnya 
haihhhhhh...teringat zaman persekolahan dulu 
ada cikgu yg kita sayang 
ada gak cikgu yg kita tak suka
kan???
hahaha!!!!


Friday, May 15, 2015

Rizman Ruzaini for Tesco


tahun nie...giliran Rizman Ruzaini
jual baju raya @ Tesco
Rizman Ruzaini kotttt
mestilah menarikkkkk
terbayang2 Fazura, Erra Fazira & Ziana Zain
yg selalu menggayakan baju diaorg
ok...akak nak fefeling diva jap
hahaha!!!!!







  

cepat...gi usha kat instagram diaorg
;)



p/s : 'ter' minat yg baju color kuning tue
pandangan kalo dari depan memang cantik
very the fazura
tapi kalo akak yg pakai
fazura pun menangis ok
hahaha!!!



Thursday, May 14, 2015

Molly Fantasy, D'Pulze Cyberjaya


inilah tempat wajib singgah Icha
kalau ke D'Pulze nie
 bayaran yg dikenakan utk indoor playground nie
on weekdays RM7/hour & weekend RM8/hour
itu tak termasuk mainan2 yg lain
but...so far
diaorg bagi free admission on weekend
just dapatkan redemption ticket @ customer service 
then, isi simple form sebelum masuk
complimentary for 2 hours tue
memang mereput la menunggu
sebab tak sanggup nak mereput
memang tak laaaaaa
akak nak tunggu sampai 2 hours
hahaha!!!!




 

  






p/s : amboi, sukanya budak tue!!!!
haeppp, jum balikkkk!!!!
hahaha!!!


Dal.Komm Coffee, D'Pulze Cyberjaya






coffee cube bing su & marble cheese
for our tea time
sedapppppppppp

 
p/s : amboiiiiiiiii
tak menahan betul sedap akak tue
banyak tul p nya
tapi memang betul sedap
makan sampai terpejam2 mata nie
hahaha!!!!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails