Friday, November 28, 2014

Friday With Love



better days are coming
they are called;
Saturday and Sunday
have a great weekend lovelies
muahssss




My little girl...yesterday
My bestfriend...today
My daughter...forever 







Wednesday, November 26, 2014

merajuk 3 bulan???


terbaca kat Metro tadi
isteri menghilangkan diri 
kerana merajuk
sampai 3 bulan ko
sudahnya
suami terpaksa berhenti kerja
kerana menguruskan anak2




persoalannya
kenapa sampai perlu berhenti kerja???
sedangkan anak2 sudah besar
dan tahu menguruskan diri 
persoalannya lagi
kenapa sampai perlu merajuk 3 bulan???
sedangkan ibu yg punya hati & perasaan
jangankan sehari...sejam pun dah rasa terseksa
tanpa anak2 kan???

ya..itulah ibu bapa zaman sekarang
kalaulah tugas menjaga & membesarkan anak2
semudah ko sedap2 buat
dapat anak
pas tu, ko tangan2 dan tinggal2kan
haihhhhh
apalah lagi maknanya amanah
:(



p/s : Ya Allah..aku bukan ibu yg sempurna
 berikan kesabaran dan permudahkanlah 
tugasku menjaga amanahMu





Tuesday, November 25, 2014

dari dapur akak : cucur lemak manis


bahan2nya :

2 cawan tepung
1 sudu kecil mauripan
3 sudu besar susu pekat*
3 sudu besar gula*
sedikit garam
air secukupnya 
*kurangkan susu pekat & gula
jika nak kurang manis ok

cara2 memasaknya :

campurkan mauripan, susu pekat
gula dan garam tadi dengan air suam
kacau dan biarkan ia hingga berbuih
(akak biar 5 minit jer & tak berbuih pun)
tuangkan tepung dalam mangkuk
masukkan campuran tadi 
dan gaul dengan air
sedikit demi sedikit
gaul sehingga ia menjadi 
adunan yg lembut 
biarkan dalam 30 minit
kemudian, boleh goreng 
dlm minyak yg sederhana panas





 hasilnya : cucur 
&
si penggemar cucur








p/s : sarapan boleh...minum petang pun boleh
gituuuuuuu!!!
:p



Monday, November 24, 2014

Karnival Upin Ipin @ PICC



last Friday 
akak & hubby EL 
malas nak meredah
jalan tutup ke office
so, terus decide bawa Icha ke sini
bajet konon tak nak sesak
sekali...ambikkkk!!!
punya ramainya orang 
 puas terpusing2... baru dapat parking
haihhhh
tapi on Sabtu & Ahad hari tue
dapat WA dari officemate
memang sesak wei
sampai jalan masuk ke PICC pun jam
OMG!!!
OMG!!!
nasib la kami tak join sama
kesesakan ituuuuu
*lappeluh*












 sampai agak lewat masa tue
q utk bergambar dengan upin ipin 
pun dah tutup for jumaat break 
sian Icha
nasib la..lepas tue
ada appearance Ara & Aris
kat pentas utama
terubat la kekecewaan dia 
:)

 


pujaan hati...si Ultraman pun
Icha tak dapat jumpa
mama&papa tak larat nak tunggu
orang dah makin ramai
dan mula sesak 
eeeeeeeee...cepat2 kitaorg keluar
sabar la nakkkk!!!
insyaallah...next year
kita jumpa Ultraman @ Genting Highland ok
;)




ok, sebelum balik
posing jap dengan kawan2 baik tue
baik sangatttttt
dari baby sampai sekarang 
masih setia dengan upin ipin dia tue
hahaha!!!!



p/s : pasal sesak kat karnival nie
akak memang malas nak komen lebih2
dah nama pun event free kan







Thursday, November 20, 2014

Events @ Putrajaya



hujung minggu nie
sempena dengan cuti sekolah
marilah kita beramai2 menyesakkan
Putrajaya yo!!!




Formula E...kat depan office nie jer
macam best kan?
yg tak bestnya
tak pasal2 jalan ke office tutup
dan
tak pasal2 esok aku kena cuti 
sebab 'driver' mogok tak nak hantar
:( 



 IOI City Mall..grand opening hari nie
hari nie ok
wow!!!!
so, it's time to say goodbye 
to Alamanda
hahaha!!!!



last but not least
Karnival Upin&Ipin..yg nie paling dinanti2
ada special appearance Ultraman lagi
semuanya favourite Icha nie
adoiii...baru nak elak bersesak2 nie
hahaha!!!!






Wednesday, November 19, 2014

Dataran Nilai



nak ada quality time dengan family
tak semestinya kena guna duit 
dah puas ukur shopping mall
marilah kita ke Dataran Nilai
playground ada, padang ada
laluan berbasikal & berjalan pun ada
so, sambil anak berbasikal
mama&papa pun boleh dating 
sambil berjalan kat belakang
tau2 anak dah jatuh tergolek
hahaha!!!!
Icha nie pun
tak bagi chance langsung ok
:p






nasib la si gemuk dlm pic nie blur
hahaha!!!!






Tuesday, November 18, 2014

Mah oh Mah!



"Pagi ini, emel saya diketuk seorang pembaca yang meminta namanya 
dirahsiakan untuk berkongsi kisah rumah tangga.Kisah ini wajar dijadikan
pedoman buat para isteri yang merasa cukup bahagia dengan layanan 
romantis suami. Usah terlalu merasa bahagia, jika anda sendiri belum 
mempercukupkan diri untuk si dia. Selama ini, dia tidak menyangka sungai 
rumah tangganya yang beralun lembut, aman damai, tenang di permukaan
telah bergolak hebat di dasarnya, tanpa sedar...
Suami seorang yang penyayang dan romantis. Anak anak ketawa ceria...malah 
sebagai suri rumah tangga dia seorang isteri yang menjaga batas pergaulan
termasuk aurat dan akhlak.
Suami selalu membuat kejutan. memberi hadiah dan kata senyuman, namun dia yang
selalu berasa hebat dapat menjaga keperluan suami dan anak anak tidak sedar 
bahawa ada wanita lain yang telah membahagiakan suaminya sekali 
gus menjadikan lelaki itu amat romantik di rumah untuk menutup kesalahan...
 

Saya terjumpa kad hari lahir berbaur cinta. Berkali-kali saya mengugut suami untuk
berterus terang dan akhirnya tembelang pun pecah.
“Ya, abang sayangkan dia! Dia janda dan abang dah terlanjur banyak kali!”
Ya ALLAH... saya terduduk dengan pengakuan itu... kenapa janda? kenapa bukan
anak dara? kenapa mudahnya lupakan pengorbanan saya... apa salah saya? air mata
mengalir deras. Saya rasa ingin rebah, suami cuba menongkah tapi saya pantas
menepis.

Tiada kekuatan untuk saya teruskan langkah tapi saya gagahi jua sehingga ke bilik 
air untuk mengambil wuduk. Mak kata, kalau marah baca al-Quran. Kalau sedih
solat sunat dan mengadu padaNYA.
Ya... Saya ingin mengadu... air mata saya mengalir laju walaupun sedang solat dan
mengaji. Usai solat dan berdoa suami merebahkan kepalanya di ribaan saya. Dia
merangkul pinggang saya dan mencium telapak tangan saya berkali-kali. Dia minta 
saya ampunkannya kerana menengking saya sebentar tadi. Dia akui terlalu marah 
kerana saya mendesak dan menjerit kepadanya.
 Ya ALLAH, sesungguhnya lebih pada jerit ingin saya lakukan... Saya ingin 
menetak suami dengan parang! Tapi saya tiada kekuatan. Hati saya hancur 
luluh. Saya kuatkan hati untuk bertanya...

“Berapa kali?”

“Banyak...”

“Sejak bila?”

“Sejak Mah mengandung Adan...”

Ya ALLAH... enam tahun lalu... kini Adan dah ada dua adik...

“Tak kahwin?”

“Tidak... abang sayangkan Mah...”

“Sayang?”

“Ya...”

“Ini tanda sayang?”

Soalan saya terbiar tanpa jawapan...
Saya tidak memandang wajah suami di ribaan, tidak juga mengelus rambutnya seperti 
kebiasaan dia bermanja dengan saya. Mata ini tidak berkedip. Saya melempar
pandangan kosong ke dinding. Hati saya bungkam. Air mata tak mahu berhenti...

Minta terus terang

Saya minta suami terus terang kekurangan saya. Jika masih sayangkan 
perkahwinan kami dan mahu saya terus di sisinya, saya mahu tahu, apa 
kelebihan perempuan itu dan apa kekurangan saya. Suami menggelengkan 
kepala sesungguh hati. Mengongoi macam budak kecil. Dia seakan tahu 
yang saya mahu keluar dari rumahnya.
“Sepuluh tahun abang... sepuluh tahun Mah tertipu dengan permainan abang. 
Mah sangka rumah tangga kita aman dan bahagia. Rupanya Mah yang berangan-
angan di rumah sendiri... abang tak bahagia dengan Mah...Abang cari lain-

“Tak! abang bahagia. Mah jaga abang dan anak-anak dengan baik... tak ada 
kurang satu pun... Abang tulis. Abang tulis apa yang abang tak suka tentang 
Mah. Abang tak sanggup nak kata tapi Mah janji jangan tinggalkan abang...”
Saya mengangguk. Saya tolak kepala suami dari ribaan dan melangkah longlai 
ke bilik anak-anak dengan telekung masih di kepala. Malam itu saya menangis
di sisi anak-anak yang enak tidur. Entah bila saya terlelap langsung tak pasti.

Subuh lagi saya sudah bangun sediakan sarapan suami dan anak-anak.Saya 
kejut suami dan dia bangun seperti tiada apa-apa berlaku. Di hadapan 
anak-anak kami cuba berlagak biasa. Menjadi rutin, sebelum dia keluar
menghantar anak ke sekolah saya bersalaman dan dia mengucup dahi 
saya; tapi pagi itu, saat ia hendak berlaku, saya palingkan muka. Saya tak
mahu bibir yang pernah mencium wanita lain hinggap di dahi saya yang 
setia. Air mata melurut lagi.

Surat jadi penyebab

Saya tutup pintu dan saya menapak ke ruang tamu. Ada helaian kertas yang 
bertindih gelas kaca. Saya tahu itu pengakuan suami. Saya tarikh nafas
dalam-dalam mencari kekuatan untuk membacanya. Dan isi surat suami, 
betul-betul buat saya rasa tertampar. Saya harap anda semua memahaminya.
Jangan sesekali menyalahkan suami saya atau mana-mana lelaki yang 
pernah mencurangi anda juga. Ia fitrah seorang lelaki. Dan ia juga menjadi 
sebab untuk saya menerima dan memaafkannya.
Mah isteri abang yang solehah, isteri yang cantik... yang baik... dan ibu 
yang sempurna kepada Adan, Lili dan Nafisa...

Impian abang yang terakhir agar Mah menjadi sahabat sepanjang hayat... 
abang merayu sesungguh hati untuk Mah maafkan abang dan menerima 
abang semula. Sebelum abang tulis surat ini, abang dah hubungi Zulaikha 
untuk putuskan hubungan. Abang nekad, apa pun berlaku selepas ini, 
abang terima sebagai hukuman. Abang reda.. abang berdosa. Abang suami 
yang terkhilaf...

Mah...

Abang jenguk Mah di bilik anak. Mah tidur dengan air mata yang mengalir.
Muka Mah polos tanpa solekan. Mata Mah bengkak dan ada lingkaran 
hitam. Abang menangis. Mah tak sedar betapa abang cintakan Mah. Tapi 
Mah lupa, kecantikan Mah yang pudar telah buat cinta abang berpaling.
Sumpah Mah! Sumpah abang rasa bertuah ada isteri sebaik Mah. Mah jaga 
makan pakai abang, makan minum anak-anak dan rumah tangga. Tapi Mah 
tak jaga diri Mah untuk abang. Mah tak jaga keperluan batin abang.
 

Kita kenal sejak sekolah. Sejak Mah jadi pujaan ramai lelaki dan kawan-kawan
abang. Mah ramping, tinggi, bermata galak dan menggoda. Tapi sejak Mah 
lahirkan Adan, Mah biarkan kecantikan Mah hilang. Mah biarkan kuku 
Mah kecut.. rambut Mah busuk di sebalik tudung... kaki Mah bengkak
dengan lemak... badan Mah berbau bila abang balik kerja. Abang terpaksa
hipokrit setiap kali Mah sambut abang balik kerja di muka pintu dengan
wajah kusam dan tak bermaya. Abang lemah tengok Mah lemah... Abang
bagi Mah duit untuk Mah bersisir, tapi Mah habiskan dengan perhiasan
rumah dan emas. Kenapa Mah tak gunakan untuk merapikan diri?

Mah abang tak pandang pakaian atau tudung cantik yang menutupi Mah,
Abang juga tak pandang barang kemas yang berselirat di tangan atau leher
Mah, tapi abang pandang tubuh dan wajah Mah. Kalau Mah sendiri tak 
menghargai diri bagaimana pula abang? Mana pergi diri Mah yang penuh
keyakinan masa Mah bekerja dulu? Mana pergi wanita pujaan abang yang 
penuh dengan keanggunan masa kita sama-sama belajar dan bekerja dulu? 

Abang sungguh malu nak bercakap tentang hal ini, tapi jika ini peluang 
terakhir untuk abang memperbaiki rumah tangga kita, abang luahkan... dan 
Mah terimalah dengan lapang hati.
 
Mah... Zulaikha cantik. Dia janda anak ramai tapi bahasa tubuhnya tidak 
menggambarkan dia seorang janda. Dia menjaga setiap inci yang ada pada 
tubuhnya sehingga ke bahagian yang paling sulit. Abang minta ampun. 
Abang menyesal... Zulaikha hanya mahu berkawan dengan abang untuk 
mengisi kekosongan hidupnya. Dia tidak pernah meminta hubungan yang
lebih tetapi kerana selalu bersamanya, abang terpesona. 

Abang rindukan isteri abang yang dulu. Jika Mah ingin berlalu dari hidup abang
abang tidak mampu menghalang.
Abang berdosa dengan Mah. Mah berubahlah. Cari semula kekuatan Mah 
sebagai seorang perempuan. Ampunkan abang... abang tak pergi kerja hari ini. 
Abang nak ke rumah ibu bapa Mah untuk akui semua kesilapan abang dan abang 
akan terima segala hukuman. Sekali lagi, dari lubuk hati yang paling dalam... 
abang merayu Mah pulangkan semula isteri abang yang cantik, yang menghargai 
dirinya luar dan dalam... abang merayu.."




Ya Allah..suami Mah nie
mengapalah begitu mudah menilai
cinta dan setia Mah
silapnya Mah hanya pada rupa dan fizikal
tapi sampai sebegini jauh
suami memperlakukan Mah
kalo la aku..ntah la
tapi ini Mah...Mah yg kuat
Mah yg sgt besar hatinya
tapi...itulah
Mah mungkin boleh berubah
Mah mungkin boleh telan 
Mah mungkin boleh hadam
tapi utk percaya...jadi setia seperti dulu
mungkin tidak 
sebab inilah fitrah wanita
 cinta...memang mudah
sekelip mata boleh jatuh cinta
tapi utk percaya...setia 
itu yg tak mudah
sekali hancur..entah kan bila 
mungkin berbulan2
mungkin bertahun2
mungkin juga sampai bila2
jangan pernah terfikir
wanita ini lemah
lemahnya dia dalam tindakan 
kerna terlalu banyak fikirnya
tentang diri sendiri
tentang anak2
tentang keluarga
dalam tangis, dalam kecewa
dia redha, dia pasrah
jangan pula dikata dia mengalah
tidak, sama sekali tidak
kerna bukan sedikit
usaha dan tenaga yg diperlukan
utk berada di situ
antara redha dan pasrah
ya, hanya dia yg tahu
  

p/s : jadi, jangan fikir lelaki jer ada fitrah
*emo*





Monday, November 17, 2014

Coconut Ice Cream




masa kat Phuket hari tue
hari2 kami makan nie
sedapppp melampau2 ko
*lapairliur*






Friday, November 14, 2014

naelofar hijab



nak!!!
nak!!!
nak sangat2 nie!!!









dengan harapan
cantik macam Neelofa gak
boleh????




neelopak boleh laaaaa
hahaha!!!!




p/s : weekend's here
and sale's everywhere
LOL








LinkWithin

Related Posts with Thumbnails