"Ya Allah, sesungguhnya aku memohon
petunjuk
kepada-Mu dengan ilmu-Mu
memohon ketetapan dengan kekuasaan-Mu
dan aku memohon
kurniaan-Mu yang sangat agung
kerana sesungguhnya Engkau berkuasa
sedang aku
tidak berkuasa sama sekali
Engkau mengetahui sedangkan aku tidak
dan Engkau
yang mengetahui hal yang ghaib.
Ya Allah, jika Engkau mengetahui bahawa urusan
ini
lebih baik bagi
diriku dalam agama,
kehidupan dan akhir urusanku
baik dalam
waktu yang dekat mahupun yang akan datang
maka tetapkanlah ia bagiku dan
mudahkanlah ia untukku.
Kemudian, berikan berkah kepadaku dalam menjalankannya.
Jika Engkau mengetahui bahawa urusan ini buruk bagiku dalam agama,
kehidupan dan
akhir urusanku
baik dalam waktu yang dekat mahupun yang akan
datang
maka jauhkanlah urusan itu dariku dan jauhkanlah aku darinya
serta
tetapkanlah yang baik itu bagiku
di mana pun kebaikan itu berada.
Kemudian,
jadikanlah aku orang yang redha
dengan ketetapan tersebut"