2 hari lagi sebelum Ramadhan menjengah
bagaimana dgn persediaan???
fizikal dan mental memang lama bersedia
asyik makan, makan dan makan
sesekali kena juga berehat kan???
yg lain2 plak
macam barang basah, dah stock up semalam
barang dapur pun
cuma mungkin akan ke pasar petang nie
untuk tambah2 apa yg patut
moga diberikan lebih kekuatan
untuk mengasap dan menyerikan dapur sendiri nanti
insyaallah, aku berazam nak kurangkan
pembelian dan pembaziran makanan
so, sempena kedatangan Ramadhan ini
kami sekeluarga ingin memohon maaf
sekiranya ada terlanjur kata, salah silap
dan terasa hati selama ini
setinggi mana pun kita berpijak
sejauh mana pun kita melangkah
akhirnya kita masih manusia biasa
yang tetap sama di sisiNya
Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak
moga segala keberkatan dan kemuliaan bulan ini
dapat sama-sama kita perolehi
:)