Monday, August 17, 2015

Kisah Pelajar Miskin Yang Ingin Ke KLCC



Nota Editor: Kisah ini dikongsikan oleh 
pengguna Facebook bernama Najihah Rahman
 Beliau adalah seorang guru bahasa Inggeris 
dan mengajar di sebuah sekolah. 
Kisah bermula apabila seorang pelajar beliau 
yang tidak berkemampuan
 ingin mengikuti lawatan sambil belajar ke Aquaria, KLCC.
Ikuti kisah tersebut di bawah. 
Semoga kisah ini mendorong kita 
untuk menjadi lebih pemurah. 
Kami kongsikan disini dengan izin daripada penulis

Sekolah saya akan menganjurkan lawatan sambil belajar 
 ke Aquaria KLCC untuk pelajar Tahun 6. 
Ada seorang pelajar perempuan saya 
yang sangat rajin dan pandai tetapi tidak mampu 
untuk membayar yuran lawatan tersebut.
Dia berkata, “Ayah saya orang susah teacher. 
Tak mampu. Saya teringin nak tengok KLCC,” 
dan dia juga ada bertanya sama ada 
dia boleh sertai dan berjalan-jalan di sekitar KLCC 
tanpa memasuki Aquaria.
“Tumpang bas je, RM15 
lepas tu saya tunggu je dekat situ 
bila kawan-kawan masuk.”
Kata-kata tersebut buatkan hati saya pilu. 
Saya masih ingat yang saya menangis 
semasa memandu apabila perbualan tersebut.

 na3

Alhamdulillah rezeki pelajar perempuan itu, 
ada orang yang bermurah hati untuk bayarkan. Semoga diberkati.
 Sebelum lawatan tersebut, saya beritahu kepada murid-murid saya, 
“Kalau nak rasa popcorn sedap, you can save about RM20 
dan beli nanti di KLCC. Nama popcorn tersebut adalah Garret.” 
Saya juga ada bawa sedikit untuk dijamah.
Tiba-tiba pelajar perempuan itu berdiri dan berkata,
“Siapa sini nak kongsi beli Garret dengan saya? 
Saya nak lagi tapi tak mampu beli. Kalau ada yang nak kongsi.”
Saya pandang dia. Selepas waktu persekolahan saya bertanya padanya, 
“Sedap ya Garret tu?”
Dia menjawab, “Sedap sangat Teacher.”
Saya pun bertanya lagi, “Nanti pergi sana bawa berapa duit belanja?”
Dia menjawab, “RM15. Saya tahu ayah tak ada duit.
Ini duit belanja 2 minggu saya simpan.”
Saya pun membalas, “Ini teacher bagi duit awak beli Garret tu. 
You are a very good student. Rajin. 
Awal tahun dulu awak dapat C, 
sekarang dah dapat A. 
Ini hadiah untuk awak.”
Dia peluk saya erat-erat dan menitiskan air mata. 
Saya juga. 
Dia mengajar saya supaya bersyukur 
pada rezeki yang dilimpahi.

PASCA LAWATAN KE KLCC

Saya memasuki kelas dan dia berjalan ke arah saya, 
dia memegang tangan saya dan merapatkan bibirnya 
ke telinga saya dan membisik, 
“Teacher bagi lagi duit extra dekat saya?”
“We discuss later ya? After class.”
Kelas berakhir dan saya beri isyaratkan. 
Kita duduk dan dia memegang tangan saya, 
“Teacher! Saya rasa saya dah menyusahkan teacher.”
“No, you are not. Why you said so?”
“Teacher dah bagi saya duit beli Garret tu.
 Lepas tu teacher tambah lagi. RM100 tu sangat banyak. 
Saya tak pernah pegang banyak tu.”
Malam sebelum lawatan tersebut, 
ada dua individu yang bermurah hati 
telah memberikan duit raya melalui akaun saya. 
Tanpa berlengah saya pindahkan duit tersebut 
ke salah seorang guru yang akan mengikuti lawatan tersebut 
supaya keesokkan harinya duit tersebut dapat diberikan kepadanya. 
Keesokkan harinya saya buat panggilan 
kepada pelajar perempuan tersebut 
melalui salah seorang rakannya semasa dia di dalam Aquaria.

 na2

“Aquaria best?” 
“Teacher saya menyusahkan Teacher ni. 
Sayang saya nak belanja duit ni”
“Jangan sekat kemahuan awak. 
Apa yang awak nak beli, beli je. 
Itu hadiah. Guna duit tu ye? Teacher nak awak enjoy.”
“Thank you teacher.” Saya dengar dia menangis.
Kembali kepada perbincangan kita, 
dia ulang kali bertanya soalan yang sama, 
kenapa saya memberi dia sejumlah duit yang banyak.
“Okey let me tell you girl. Duit ini hadiah daripada kawan Teacher. 
Ada dua orang. Masing-masing hadiahkan awak RM50.
 Jadi ada RM100. Duit tu hak awak. 
Teacher hanya orang perantaraan 
antara Allah dengan awak. 
Allah murahkan rezeki awak. 
Cuma, proses ini berlaku melalui Teacher. 
Bukan niat Teacher bagi duit sebab 
nak hina awak orang susah, tapi fikir positif. 
Ini rezeki. Kena bersyukur. 
Semua orang tertarik dengan sikap rajin awak. 
Teacher bangga bagitau semua orang teacher 
ada student macam awak. Okey? “
“Betul saya tak menyusahkan Teacher?”
“Tak. Lansung tak. Teacher nak awak fokus untuk peperiksaan. 
Dah dekat. By the way semalam 
ada lagi orang bermurah hati dengan awak. 
Jadi, kalau awak perlu apa-apa tolong bagitau teacher. 
Even kalau duit belanja tak cukup pun bagitau. 
Ada ke apa-apa yang awak nak?”
“Haritu masa pergi KLCC saya teringat kedai buku 
yang teacher cakap selalu beli tu. 
Tapi masa tak cukup. 
saya rasa nak beli satu buku cerita macam 
yang kawan-kawan lain dapat bila diorang dapat A. 
Saya nak teacher tulis kata-kata semangat 
dan signed kat situ. Buku tu takde kat sini kan?”
“OK, I will get one for you. 
Jangan lupa, bila lepas solat doakan orang 
yang beri awak hadiah ini. 
Doa semoga mereka murah rezeki dan di bawah rahmat Allah.”
Dia menangis dan terus menangis.
“Allah saja mampu balas Teacher. 
Saya akan selalu doa. 
Teacher tolong kirim salam 
dekat semua orang yang tolong saya.”
“Oh Teacher lupa ada kakak sorang 
nak bawak awak jalan-jalan tengok KLCC lagi. 
Kakak itu baik, dia kerja sana. 
Dia cakap dia sanggup bawa awak. 
Lepas UPSR kita pergi ya?”
Dia terus menangis dan memeluk saya.
“Saya doa teacher pun murah rezeki.”
Orang yang bersyukur sentiasa fikirkan orang yang lain. 
Semasa kelas malam kami, 
saya lihat dia sedang menulis nota di atas kertas, 
potong kertas tersebut dan letakkannya di dalam beg plastik. 
Saya tidak bertanya sama ada dia sudah siapkan kerjanya. 
Kemudian dia memberi isyarat kepada saya untuk jumpanya di luar. 
Saya pergi.

 
 
“Teacher, for you.”
“Did I say you have to buy something for me? 
Well, Thank you sayang.”
“Ini ikhlas. Saya teringat dekat teacher masa dekat sana. 
Kalau teacher tak tolong, 
tak merasa saya pegang duit banyak tu. 
I hope you like it.”
“I am and will like it forever. 
Thank you again.”

sedih kan?
dari kisah ini sebenarnya
saya dapat belajar tentang sesuatu
semua orang akan merasai detik susah dan sukar masing2
namun tak semua orang 
dapat menempuhinya dengan sabar dan redha
hanya mereka yg faham
jadi lebih menghargai 
dan dalam banyak2 dan ramai2
yg susah inilah yg selalunya menyenangkan
semoga pelajar perempuan tersebut 
selalu berada di dalam berkat dan lindunganNya
Amin.
 

p/s : sebenarnya, dapat nie drpd hubby akak
akak pun reply 'saya pun dah lama 
x ke KLCC...kesian gak kan???'
korang tau apa jawab dia
'tak kesian langsung ok'
menyampah!!!!
hahaha!!!!


2 comments:

Usmi Hikma bt Rusfan said...

terus mata masuk habuk...

Julia Abdul said...

Usmi Hikma ~ sedih kan? :(

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails