Tuesday, May 5, 2015

Nahas Duke






heartbreaking


Allahu Rabbi
berat mata memandang
berat lagi bahu mereka yg memikul
dengan usia sebegini muda
terpaksa berdepan dengan episod kehilangan
yg bukan sekejap..tapi selama2nya
sedangkan kehilangan seorang ibu@bapa pun
sedihnya, sakitnya...bukan sedikit
apatah lagi kehilangan sekali gus seperti ini
memang tak dapat diungkap dengan kata2
Ya Allah
hanya doa yg mampu aku titipkan
buat insan2 comel ini
moga mereka kuat meneruskan hidup
dan dapat membesar dengan baik
menjadi anak yatim piatu
memang tak pernah mudah
namun sekurang2nya..Amira ada Aqila
dan Aqila ada Amira
ingat sayang...Allah sentiasa ada
untuk kamu berdua 
 *tears*


p/S: ingat Amira...Aqila
kalaupun 'mereka' yg bertanggungjawab 
ke atas 'kehilangan' ini terlepas
percayalah...'mereka' takkan pernah terlepas 
di sana kelak



Thursday, April 30, 2015

Jangan Asyik Dengan Handphone Jer


perkongsian cerita hari ini sangat simple
tapi sarat dengan mesej yg berguna
ya...handphone mungkin mempunyai kepentingan
dalam hidup kita sekarang
tapi...ingatlah, tiada hal yg terpenting
selain dari anak, isteri/suami dan keluarga
tak salah rasanya...jika kita letakkan seketika handphone
especially masa di meja makan dan menonton tv
demi mencipta satu momen yg berkualiti
bersama mereka yg tersayang
kan?

kadang2, sampai satu tahap
bila terlalu leka dengan handphone
kita boleh marah anak2 yg sebenarnya
cuba meraih sedikit perhatian kita
MasyaAllah
tak susah sebenarnya
ys...kita hanya perlu tinggalkan handphone
ketika meluangkan masa bersama mereka
jum kita sama2 pratikkan
;)

Nurul 'Ain sudah tidur. 
Jam 6.30 pagi tadi kami kejutkan dia, 
mahu ke SJMC untuk review keputusan darah 
dan berjumpa doktor pakar kesayangannya.

Sampai di Hospital berebut parking dan cepat mendaftar. 
Kami turun makan sekejap dan kembali naik 
menunggu masa mengambil darah 
dan menanti keputusan ujian 
yang mengambil masa lebih kurang satu jam.

'Ain mula merepek dan berlari-lari ke sana ke mari.
 Mamanya mula mahu duduk 
dan saya mengambil baton untuk melayan karenahnya.

Sambil bermain telefon 
(lihatlah banyaknya saya kemaskini status pagi tadi), 
saya sekejap-sekejap melihat 'Ain 
yang bermain di ruang kecil permainan 
yang disediakan pihak hospital.

"Itu anak you?" Tanya seorang Aunty berbangsa cina.

"Ya." Saya hanya senyum sekejap 
dan kembali melihat telefon.

"You untung, anak you comel." 
Beliau mula mahu bersembang dengan saya. 
Anaknya juga ligat seperti 'Ain kesana kemari.

Saya terus memandang wajah Aunty 
dan mengharap ayat lain keluar dari mulutnya.

"Itu anak i, you tak tanya pun i nak story. 
I dapat dia umur i 39. He only child i have. 
My husband have multi millions company, 
but i have one the greatest god gift to me."

"You know, bila husband i balik rumah,
i will make sure dia tak pegang handphone. 
I cakap dengan dia, kita kahwin 15 tahun 
baru dapat seorang anak lelaki, kita patut syukur. 
Tuhan bagi duit sampai kubur kita tak cukup besar, 
tapi Tuhan beri kita anak, kita masih mahu cari duit 
cari kawan cari senyum sana sini dengan handphone."

"You, i nasihat satu perkara. 
Bila dengan anak, dengan family, dengan parents. 
You letak handphone side. 
Dont ever bother about facebook anymore. 
Family ini you tak dapat cari lain sampai bila-bila. 
Take all the time with them. Please."

Saya terdiam. Ada rasa lain pula terdetik dalam hati. 
Yang sebenarnya isteri saya dah banyak kali pesan tentang ini, 
emak, adik juga keluarga ramai yang dah pernah nasihat. 
Tapi tak pernah masuk telinga. 
Ambil nak Tuhan hantar seorang aunty yang berbeza agama, 
tetapi penuh mesej yang amat berguna. 
Subhanallah.

Harap-harap saya dapat beri masa sebaiknya dengan keluarga. 
Amin.

Khairul. 
Advantura Kembali Ke Pangkal Jalan, 
1 destinasi 1 telefon dan 1 keluarga.

   
contoh budak mengada yg suka perhatian
hahaha!!!!



p/s : gunakan cuti panjang hujung minggu ini
untuk bersama2 handphone yg tersayang ok
selamat bercuti!!!
muahsssssss




Wednesday, April 29, 2015

MawarMaslan




adoiiiiii
tak nak cakap banyak
nak gelak jer
hahaha!!!!!!!!!


p/s : cuma terfikir
mereka nie memang acah2
bebal ke apa???

 

Tuesday, April 28, 2015

Hanez Suraya Bertudung


rasanya...masih terngiang2 kat telinga 
segala kata cacian dan makian terhadap dia
takdir Allah yg menentukan jodoh dia
sebagai wanita..tipu la kalau aku kata
aku tak terasa dengan tindakan dia
tapi akhirnya...siapalah kita untuk terus menjadi juri
menjatuhkan hukum terhadap dia
sekaligus menidakkan takdir Allah
yg sememangnya telah tertulis buat dia
SubhanaAllah
sesungguhnya...jodoh dan hidayah itu
kerja Dia
 
 



alhamdulillah...bangga dengan perubahan dia
dan suka cara dia layan anak2 tiri dia
ya...sebenarnya, dia bukanlah seteruk yg disangka
 

p/s : berubah itu tidak susah
untuk mengekalkan perubahan itulah yg susah
moga kita sama2 istiqomah dalam
menuju ke arah yg lebih baik
insyaallah
:)




Friday, April 24, 2015

Sehari Yg Bermakna Di Penjara Wanita Kajang


alhamdulillah syukur
bertemu lagi dengan Jumaat yg barakah
semalam...diberi peluang utk mengikuti
lawatan sosial ke Penjara Wanita Kajang 
macam seram jer bunyinya kan???
tapi demi pengetahuan dan pengalaman
aku kuatkan diri utk join gak
perasaan...pertama kali menjejakkan kaki
di sebalik pintu tembok besar Penjara
memang tak terkata
hilang semua rasa seram dan takut
malah tiba2 rasa sangat ingin tahu
walaupun terpaksa melalui
taklimat dan pemeriksaan keselamatan yg ketat
aku terus melepasi pintu kedua 
di situ kelihatan banduan2 lelaki 
yg sedang mengangkat tong2 gas ke dapur 
aku tundukkan pandangan
terus melangkah ke pintu seterusnya
ya...di situlah semuanya bermula
di mana aku dapat melihat dan merasa sendiri
kehidupan wanita bergelar banduan
terdapat banyak jenis banduan 
yg mana mereka dikenali hanya dengan nombor
dan pakaian yg mengikut warna tempoh hukuman
melintas di klinik sebelum ke taska bayi
kelihatan banyak banduan warga asing
yg masing2 sedang menunggu utk menerima rawatan
tergamam dan sayu melihat bayi2 yg ada
semuanya masih baru dan ibu masih dalam tempoh berpantang
terus ajukan soalan...diaorang dapat berpantang betul2 ke?
melihat gelengan pegawai penjara yg incharge 
terus terdetik dalam hati...patutlah nampak pucat dan lemah jer
terus melangkah ke tangga untuk naik ke tingkat atas
di situ...terdapat ruang panjang yg terpisah oleh pintu besi
susunan kerusi telah tersedia utk kami duduki
sementara di sebalik pintu besi  
dipenuhi dengan banduan2 wanita
yg memakai pelbagai warna baju 
rupanya ada sedikit perkongsian dari banduan
dan ceramah motivasi dari kaunselor jemputan
bila seorang banduan wanita dijemput 
untuk berkongsi cerita kehidupannya
 hati sangat tersentuh...bukan sedikit tapi banyak
malah aku turut mengalirkan airmata
tatkala dia menyanyikan sebuah lagu tentang ibu
aduhaiiiiii!!!!!
namun apa yg membuat aku kagum ialah
keberanian dia mengakui kesalahan dan  meluahkan kekesalan
terus hilang rasa negatif aku terhadap banduan
salah memang salah
dosa memang dosa
tapi...tinggalkan yg itu kepada Dia
hanya Dia yg berhak
jika diberi pilihan...aku percaya mereka
 tidak akan sekali2 menjebakkan diri sebegitu 
mereka melakukan kesalahan...kesilapan
tapi takdir Allah menentukan mereka terpilih 
untuk menjalani hidup di sebalik tembok besar itu
biarpun tiada indahnya...namun kehidupan di situ
dijalani dengan penuh manfaat dan faedah
banyak ilmu yg mungkin kita pun tak dapat
perolehi...pelajari seperti mereka
siapa kita untuk terus menghakim???
 sebagai manusia biasa...yg tak lepas dari silap dan salah
 jangan pernah kita cuba terus menjatuhkan hukum
meletakkan kesalahan di bahu mereka selamanya
cukup2lah hinaan...cacian dan pandangan serong selama ini
 apa yg penting...bagaimana mereka mampu
meneruskan hidup di dunia luar 
selepas keluar dari penjara kelak
 jadi...jika ditanya siapakah yg layak
utk diberi peluang kedua???
ya....merekalah orangnya
 kerana sekurang2nya...mereka mencuba
untuk membaiki dan mengubah diri  
kita cuba buka minda...positifkan diri
ok???
;)

23 April 2015 : sehari yg sangat bermakna

p/s : teringat2 saat mereka melambaikan tangan
ketika aku melangkah meninggalkan pintu besi itu
lambaian itu terus meresap ke dalam hati
sedih...sebak semua menjadi satu
bagaimana agaknya perasaan mereka 
setiap kali berpisah dengan keluarga yg datang melawat
:(



Wednesday, April 22, 2015

instant shawl terkini


korang berminat tak???
tapi bukan akak yg jual tau
:p

 
bak kata sorang kawan lelaki 
"look at the bright sight
ini namanya mengingatkan kematian"
tatau la
akak nak insaf ke nak pengsan masa tue
hahaha!!!!! 
 

p/s : tiba2 terngiang kat telinga nie
'bila Izrail datang memanggil'
adoiiiiiiiii



Tuesday, April 21, 2015

Tak Semua Orang Suka Kita


tapi betul laaaa
terkadang kita rasa kita dah cukup cantik
bajet good-good jer
tapi di mata orang lain 
kita masih kelihatan biasa-biasa jer 
terkadang kita dah buat sesuatu yg cukup manis
tapi di mata orang lain
kita tetap kelihatan kosong 
mungkin kerana tidak senang dengan perilaku kita
ya...siapapun kita sebenarnya
kita tak mampu untuk membuat
semua orang suka kita 
orang hanya menilai luaran
apa yg kelihatan di mata mereka
sedangkan dalamannya...lebih daripada itu
kalaupun orang suka...puji 
belum tentu mereka ikhlas
konsepnya sama seperti 
ko sibuk stalk instagram/fb orang 
tau2 ko tertekan button 'like'
hahaha!!!!
tapi...cara yg paling win
ko cari jer tanda nie 'X'
settled
dah...tak yah nak sibuk hal orang 
:p



akak memang natural beauty...dah cepat2 like pic akak
itu pun kalo jumpa button 'like'
hahaha!!!!!
 

 p/s : selalu ingat nie
tak semua orang yg suka kita
ikhlas pada kita 
kan???




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails