Tuesday, June 30, 2015

Kes Dera Yaya




 Allahu Rabbi
tiada kata yg dapat dilafazkan
sebagai terjemahan perasaan aku saat ini
sedih...sangat sedih 
sebab Yaya seusia dengan Icha
dalam usia yg sepatutnya dilalui dengan gembira dan riang
tapi terpaksa menanggung kesakitan sebegini
cacat itu satu hal
namun trauma...trauma yg dia hadapi
mungkin kekal sepanjang hayat
:(


ko tengok muka polis yg escort tue
dia punya geram...kita pun dapat  rasa kan????



kejam...memang sangat kejam
bagaikan tiada hati dan perasaan
sehingga sanggup memperlakukan Yaya
seperti binatang...tidakkkkk
binatang pun pandai sayangkan anaknya
tiada perkataan yg selayaknya untuk pasangan ini
moga perlakuan mereka mendapat balasan yg setimpal



paling aku sedih
di manakah peranan dan tanggungjawab
ibu Yaya selama ini???
mengapalah di saat Yaya sebegini teruk
baru sibuk2 nak tunjuk 'hero' 
sedangkan kalaulah...kalaulah dia 
ambil tahu keadaan Yaya
mana mungkin Yaya jadi macam nie
:(
 dan Yaya
Ya Allah, Kau lindungi dan pelihara anak kecil ini 
 Kau berikan kesembuhan kepada dia
Kau berikan kekuatan dan semangat 
agar dia dapat terus membesar dengan baik
Insyaallah sayang...semuanya akan kembali ok
amin



p/s : rupanya...masih wujud 
ibu tiri yg bersifat kejam!!!!



Friday, June 26, 2015

Oh! Suami




Ya Allah
seriously sebak baca nie
insaf jap
tapi masa nie jer laaaaaaaaa
balik umah...back to normal
membebel...membebel
hahaha!!!!


p/s : hubby kata akak
bukan isteri luar biasa tapi aneh
hahaha!!!!




Thursday, June 25, 2015

Ribena Laici



senang dan sedap!!!
just bancuh air ribena
dan tambahkan laici & ais
semudah ABC kan???
gituuuuuu
jadi, selamat mencuba
hahaha!!!!


p/s : dapat air ribena jer
laici anak yg rembat
:(


Sup Ketam


TAKKKK!!!
tak de sape yg kena denggi ok
hahaha!!!!
hubby akak tetiba nak makan sup ketam
katanya...sedap kalo dapat hirup sup panas2
masa berbuka....ssslurpppppppp (dgn sound effect)
dia punya slurrppp tue
memang saja...nak psiko akak tau


kerana kekasih, aku turutkan
terimalah juadah dari hati yg penuh kasih sayang
tak menahan!!!!!


Bahan bahan: 

3 ekor ketam 
1 biji ubi kentang
separuh batang carrot
1 biji tomato
garam dan serbuk perasa
sedikit minyak utk menumis 

Bahan tumbuk: 
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
lada putih 

Bahan tabur: 
Cili padi
Daun sup
Bawang goreng 

Cara cara:
Tumbuk semua bahan tumbuk. Panaskan sedikit minyak. 
Tumis bahan tumbuk sehingga garing.
Masukkan air, ubi kentang dan carrot yg telah dipotong kecil. 
Setelah ubi kentang dan carrot empuk, masukkan ketam. 
Renih dengan api perlahan supaya isi ketam mesra dengan kuah.
  Akhir sekali, masukkan tomato, garam dan serbuk perasa. 
Sebelum dihidang, taburkan daun sup, cili padi yg dipotong bulat
dan bawang goreng.

 

p/s : memang sedap berbuka dengan sup ok
first time makan bertambah semalam
ehhhhhhhhh!!!!




Wednesday, June 24, 2015

56 Hari Tanpa Gaji...Matilahhhh!!!




sedih bro
hahaha!!!!




so, beringatlah
tak yah nak raya sakan sangat
sederhana selalunya lebih indah
:)
sebenarnya nasihat pada diri sendiri
hahaha!!!!!


p/s: dengar2 ada yg dah dapat bonus hari nie
wah!!!!! boleh laaaa shopping
ehhhhhh!!!!





Tuesday, June 23, 2015

The Minions Movie


last Sunday
bawa Icha tengok movie nie
memang best & layan ok
terbahak2 akak gelak
astagfirullahaladzim
*betulkantudung* 
hahaha!!!!




but seriously
movie nie memang kelakar
and diaorg cute sangatttt
:)






p/s : tengok wayang time puasa
haih...kembang kempis hidung akak
menahan bau popcorn
uwaaaaaaaa!!!!



Monday, June 22, 2015

Pasar Ramadhan Putrajaya




inilah yg dikatakan lautan manusia
fuyoooooo!!!
macam mana nak membeli tue???
hahaha!!!!


p/s : alhamdulillah
tak pernah ke pasar ramadhan lagi
;)



Saturday, June 20, 2015

To Papa With Love


any man can be a father
but it takes someone special 
to be a dad
Happy Father's Day
my first love, my forever hero
I love U, Papa 



  ~ Mia Marissa~


Friday, June 19, 2015

Bazar VS Bazir



nak elak macam nie
tips akak...senang jer
tak yah ke bazar 
masak sendiri sudah
ok, jum google resipi 
hahaha!!!!!

 
p/s : tak yah nak google sgt
husband dok zikir 'jenahak masak lemak cili padi'
dari semalam lagi
baiklahhhhhh!!!!






Thursday, June 18, 2015

sambal udang petai


tapi hubby call tadi
 request jenahak masak lemak cili padi plak
selamba akak jawab 
'ada 29 hari lagi puasa ok'
hahaha!!!!


cadangan menu berbuka akak
utk hari nie
;)


Bahan bahan:
  udang 
petai
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah - kisar
4 ulas bawang putih - kisar
cili kisar - ikut pedas disukai
gula
garam 

Cara cara:

Panaskan minyak dan tumis
bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar
Masukkan gula dan garam.
Biarkan cili garing dan betul-betul masak.
Akhir sekali masukkan udang, petai dan bawang besar yg dipotong bulat. 
 *udang boleh juga digoreng sekejap 


p/s : eh!!! dah pukul 3
mesti korang tengah sibuk nieeee
ala...sibuk google sana google sini
resipi utk berbuka nanti kan???
 kan???



1st Ramadhan





deep
very deep 
;)



Wednesday, June 17, 2015

ITP Naik & Bantuan Khas Aidilfitri Utk Penjawat Awam


alhamdulillah syukur
rezeki Ramadhan 
:)


PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM500 dan juga kadar baru terendah Imbuhan Tetap Perumahan
dinaikan RM300 dari RM180 sebulan.
Pengumuman itu dibuat di perhimpunan bersama penjawat awam, Majlis Perdana Perkhidmatan Awam (MAPPA) yang keempat belas di Pusat Konvensyen Antarabangsa
Putrajaya (PICC) hari ini.
Kenaikan kadar imbuhan itu bagaimanapun hanya melibatkan penjawat awam gred 41 ke bawah sahaja.  Bagi penjawat awam yang tinggal di kuarters kerajaan pula
akan mendapat tambahan 25% dari Imbuhan Tetap Perumahan itu. Kadar baru itu akan berkuatkuasa mulai 1 November 2015.

"Bagi membantu meringankan beban penjawat awam, saya umumkan bantuan khas kewangan sebanyak RM500 untuk penjawat awam dan RM250 kepada pesara kerajaan
yang akan dibayar pada 25 Jun. Perbayaran ini melibatkan kos RM1 bilion," katanya sebelum mengakhiri ucapan.


p/s : dengar2...kalau jumpa Najib
macam ramai yg nak salam cium tangan
hahaha!!!!



yang penting ikhlas




hahaha!!!!
gelak2 gak
tapi ambil ini sebagai iktibar ok
betulllll...tak semua benda yg kita buat
kena update...kena war2kan
especially bab2 ibadah nie
cukuplah kita sendiri tahu
lagipun....Allah kan ada
Selamat Menyambut Ramadhan 
;)

 
p/s : mesti meriah blog2 dengan 
menu bersahur & berbuka nanti
resipi sekali please...ehhhhhhhhh!!!!



Tuesday, June 16, 2015

Naik Boat @Taman Botani, Putrajaya


on Sunday hari tue
melayan anak punya pasal
sampai naik boat ko
since cuaca pun ok
tak sejuk...tak panas
so, memang layannnnn
bestttt!!! 
sekarang nie...promosi RM10/person
memang berbaloiiiiii2
jadi, marilah beramai2 naik boat
hamboiiiiiii
iklan sangatttt kan???
hahaha!!!!











p/s : macam2 aktiviti ada kat sini
berbasikal boleh
tak nak berbasikal...berjalan pun boleh
paling2 akak nak buat...berpicnic 
wah!!!!!!
itupun kalau tak panas ye
:p


Monday, June 15, 2015

Pelamin Fantasia Syawal & Fiqa


ya..sangat indah 
takdir yg terlukis buat pasangan istimewa ini
rasanya bukan mudah 
namun Allah permudahkan segalanya buat mereka
dalam setiap kekurangan...Allah titipkan kelebihan
dan dalam kelemahan...dititipkanNya juga kekuatan
kerana cinta itu sendiri
saling berbagi...saling menerima
saling melengkapi 
dan bila sampai waktunya...semuanya jadi indah
:)



seseorang yg tulus mencintai
meskipun tahu kekurangan kita
tahu kesukaran untuk bersama kita 
tapi tetap menginginkan kita dalam hidupnya 


p/s : selamat berbahagia Syawal & Fiqa 
;)


Oh Monday!!!!


punya la semangat gi keje hari nie
 sekali...boss EL 
terus 'terbang' semangat akak tau
ok, nak tido jappppp
byeeeeee
hahaha!!!!


semangat kata ko...haaaaaaa ambikkkkk
auuummmmm!!!!


p/s : 2 days till Ramadhan
rinduuuuuu
:(




Friday, June 12, 2015

friday with love :)


tiada istilah live happily ever after 
yang ada adalah bagaimana kita 
melalui tahun demi tahun 
dengan rasa sederhana dan syukur 
:)






p/s : bahagia itu bukan kerana kita memiliki semua hal
tapi bila kita tidak membanding 
apa yg jadi milik kita dengan orang lain



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails