di Jumaat yg barakah ini
saya tertarik untuk berkongsi satu
artikel tentang bahagia dari sumber FB
:)
Hari minggu,
saya tertarik untuk berkongsi satu
artikel tentang bahagia dari sumber FB
:)
Hari minggu,
mama mengajak semua anaknya
balik ke
rumah.
Reunion. Lapan orang anak.
Semua dah besar panjang,
dah ada
kerjaya, ada keluarga.
Nasib baiklah, sebahagiannya kerja tidak jauh,
sekitar ibu kota saja
dan sebahagian lagi
sejam dua perjalanan saja balik kampung.
Berkumpullah sekeluarga. Makan-makan.
Gelak ketawa bersama.
Lepas makan, semua duduk di ruang tamu.
Mama ajak semua duduk keliling dia.
Mama ambil dua tiga album lama.
Buka dan tunjukkan semua gambar
pada anak-anak dan cucu-cucu.
Ada yang tergelak tengok gambar lama,
ada yang menangis tengok gambar arwah abah.
Semua tu kenangan.
“Zaman sekarang dah tak sama macam dulu. Album gambar macam ni dah lapuk. Ketinggalan zaman. Semua album sekarang dalam henfon, komputer.
Digitalkan semua. Gambar-gambar dulu semua original, tak ada edit-edit. Sekarang, susah nak beza. Kadang-kadang tak cam tu ahli keluarga sendiri.”
Kami senyum saja dengar.
Memang zaman dah berubah.
“Mama tengok di internet.
Dengan tab yang kamu semua belikan tu.
Mama jadi hairan.
Contohnya, orang muda
yang baru saja bernikah setahun dua.
Ada anak
kecil seorang dua.
Rata-rata mereka tulis
tentang kebahagiaan pernikahan
mereka.
Sebarkan tentang kebahagiaan mereka.
Malahan, bangga dan kagum.
Mama terfikir, usia pernikahan baru
menginjak setahun dua,
masih terlalu awal untuk simpulkan bahagia.
Orang
lain pun kahwin juga,
perjalanan masih jauh hidup berumahtangga.
Tak diduga pun lagi dengan kepayahan
besarkan anak, anak nak sekolah,
anak nak masuk universiti,
anak sakit kritikal,
anak kemalangan, suami
buat hal,
bergaduh sampai nak bercerai,
anak-anak terlibat kes juvana
dan macam-macam lagi.
Awal-awal, memang manis.
Semuanya sweet.
Tapi, ingat.
Di setiap kemanisan, adanya ujian.
Setiap kebahagiaan yang bangga ditayang,
jangan disangka Allah tidak akan
berikan dugaan demi dugaan.”
Kami cuba mencelah,
”Tapi, mama, kami cuma nak orang lain pun rasa gembira.
Nak ajak orang muda segera berumahtangga..”
Mama senyum.
“Niat tu baik.
Tapi bagi mama, bahagia itu biarlah kita
saja yang rasa.
Macam kita tengah tengok gambar-gambar sekarang ni,
yang
teruja dan gembira hanyalah kita.
Sebab, kita saja yang melalui dan
mengerti.
Sedangkan di luar sana,
ada macam-macam jenis orang.
Ada yang tumpang
gembira,
ada yang cemburu, ada yang sakit hati,
ada yang meluat, ada
yang benci.
Kita pun tidak suka
bila gambar-gambar kebahagiaan kita
jadi buah
mulut orang yang benci.
Jadi tohmahan dan fitnah.
Ingat, ramai yang suka
kita,
ramai juga yang tak suka kita.”
Kami anggukkan saja.
Antara setuju dan tidak.
“Mama cuma nak ingatkan
anak-anak dan cucu-cucu.
Mama tak larang,
sebab ini zaman kamu.
Bukan lagi zaman mama.
Misalnya, hari ini kamu canangkan di laman sosial,
“Bahagianya cinta lepas nikah”
dengan gambar kamu dan isteri terpapar megah.
Kemudian, Allah uji pernikahan kamu tu
dengan salah faham dan perkelahian.
Akhirnya, bercerai di usia muda.
Masa tu, cuba kamu fikir silapnya di
mana?
Jangan salahkan takdir.
Tapi, kerana kita kadang-kadang
terlampau
seronok, gembira,
kita rasa kita buat tu semuanya betul.
Kita lupa Allah
sedang memerhati dan menilai.
Kita lupa di dunia ini,
Allah tidak penat menduga.
Kita saja yang sentiasa tersungkur diduga.
Bahagia yang sebenar-benarnya bahagia,
hanya di akhirat sana.
Bahagia yang dirasai sekarang,
fana dan sementara.
Orang-orang beriman,
rasa bahagia diduga.”
Kami senyum, cium tangan dan pipi mama.
Walaupun tidak sependapat,
kadang-kadang pendapat orang tua perlu difikirkan.
Mereka sudah berada di hujung jalan
dengan pelbagai kutipan liku-liku pengalaman.
Sedang kita baru nak mulakan perjalanan.
p/s : Masyaallah..cuba audit semula diri kita
niat yg selalunya sekadar
untuk berkongsi kebahagiaan
untuk sama-sama merasai
tapi sebenarnya itulah yg selalu
mengundang perasaan yg tidak baik
berkongsi tidak salah
tapi mungkin cara kita yg kurang betul
pada aku, jangan tunjukkan semua bahagia kita
simpan sedikit untuk kita sendiri
rasa, simpan dan kenang
mungkin itu akan lebih indah
insyaallah
:)