Monday, February 9, 2015

sesi gemuk @ ioi city mall, putrajaya


oh! title
takut sgttttt akak
hahaha!!!!
betul...semalam
memang sesi menambah gemuk
yg sedia ada
sedihhhhhhhhh
masa makan...tak plak ko sedih kan???
happy jer
hahaha!!!! 
  selesai makan...minta hubby belanja
sehelai jeans @ Uniqlo
tapi satu soalan dari dia 
yg akak tak boleh hadam sampai sekarang
"muat ke nak masuk peha tue???"
eeeeeeeee...beraninya dia
terus kecik besar kecik besar jer
akak tengok dia tau
uwaaaaaaaa!!!!
 
 

 sedap...alhamdulillah, tq for the jeans 
muahsssss


 pun sedap...tq utk penambahan lelemaks
arghhhh!!!
:(

yeay...mama gemuk!!!
*tears*



p/s : harap2 masih muat la jeans itu
:p



Friday, February 6, 2015

Another Day, Another Blessing


having a place to go is
HOME
having someone to love is 
FAMILY
but having both is a
BLESSING

my greatest blessing
:)


p/s : syukur Ya Allah
for blessing me much more
than i deserve



Thursday, February 5, 2015

sakitnya tuh di sini


 masa dia nak something
kemain tau
mama shantik...mama sayangku
masa dia marah 
terus mama gemuk 
haaaaaaaaa...ambik ko!!!!
sedihhhhh...terus akak 
'oh! sakitnya tuh di sini di dlm hatiku'
tak nak kawan awak
hahaha!!! 
 








p/s : anak oh anak!!!




Wednesday, February 4, 2015

cinta tak berbalas?



dosa besar barangkali
sehingga mati dijadikan
sebagai hukuman
entah kenapa...semakin hari
perihal cinta nie...menjadi 
semakin tidak wajar
:(


AlFatihah buat Nor Syuhada
moga tenang di sana hendaknya




p/s : cinta itu lebih indah
lebih bermakna...bila ia hadir
tanpa paksaan
:)




Sunday, February 1, 2015

kehilangan


'sabarlah'
'kuatlah'
'tabahlah'
kalaulah semua itu 
dpt menyerap rasa2 
yg terkesan akibat kehilangan




namun bagi bahu yg memikul
  ya..hanya dia yg rasa
hanya dia yg tahu
  betapa sakitnya
*tears*



p/s : tak sanggup 
rasa kehilangan 
lagi
:(



Friday, January 30, 2015

MH370, inikah akhirnya???


Selepas berlaku berlaku 'keadaan yang tak dijangka' 
dan sidang media Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA), 
Datuk Azharuddin Abdul Rahman di Putrajaya 
dibatalkan jam 4.00 petang Khamis.
Datuk Azharuddin muncul di saluran 
TV rasmi kerajaan RTM untuk membacakan 
satu pengisytiharan yang antara lain 
bahawa Malaysia menganggap kehilangan MH370
satu kemalangan dan semua 239 individu
dalam kapal terbang tersebut telah meninggal dunia.
Beliau berkata, perisytiharan itu 
membolehkan keluarga mangsa MH370 
mendapatkan bantuan yang mereka perlukan 
terutamanya dalam proses pampasan.
Beliau berkata demikian ketika 
menyampaikan pengumuman khas berkaitan 
pesawat berkenaan yang disiarkan 
menerusi TV1 RTM, sebentar tadi.
Selain itu, beliau berkata, Malaysia memberi jaminan 
pencarian pesawat MH370 tetap kekal sebagai keutamaan.
"Carian dasar laut untuk pesawat MH370 adalah berterusan, 
melibatkan empat kapal.
"Malaysia amat terhutang budi kepada semua negara 
dan individu atas bantuan dan sokongan 
yang diterima untuk MH370," katanya.

BERIKUT ADALAH MAKLUMAT BERKAITAN 
MH370 YANG DISIARKAN BERNAMA

Pesawat   
* MH370 menggunakan Boeing 777-200ER 
yang dikuasakan oleh dua enjin Rolls Royce Trent 892.
* Diserahkan kepada MAS pada Mei 2002 
dan sejak itu, ia merekodkan 53,465.21 jam
 dengan 7,525 kitar.
* Penyelenggaraan dilakukan pada 23 Feb 2014 
dan penyelenggaraan berjadual berikutnya 
dijadualkan pada 19 Jun 2014.
* Ia dipandu oleh Kapten Zaharie Ahmad Shah 
dan pegawai pertama Fariq Abdul Hamid.
* Berlepas dari KLIA pada 12.41 tengah malam 
dan dijadual tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
* Terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara 
pada 1.30 pagi.
* Pada 24 Mac 2014, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 
 mengumumkan bahawa laluan penerbangan MH370 
berakhir di selatan Lautan Hindi.


Penumpang: 239
* Anak kapal: 12 (semua rakyat Malaysia)
* Penumpang: 227 (termasuk dua bayi) 
terdiri daripada 13 kewarganegaraan:
** Malaysia - 38
** China - 152
** Indonesia - 7
** Australia - 7
** Perancis - 4
** Amerika Syarikat - 3
** New Zealand - 2
** Ukraine - 2
** Kanada - 2
** Rusia - 1
** Taiwan - 1
** Belanda - 1
** India - 5
** Iran - 2
 
Mencari dan Menyelamat
* Sekurang-kurangnya 26 negara terlibat 
dalam operasi SAR, dan banyak syarikat 
seperti Petronas, Boustead dan Deftech 
menyediakan bantuan teknologi dalam carian itu.
* Kawasan carian awal termasuk di Laut China Selatan, 
Selat Melaka. Carian kemudian diperluaskan 
kepada dua koridor yang seluas 7.68 juta kilometer persegi.
Koridor utara meliputi kawasan utara Thailand 
ke sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan 
manakala koridor selatan merangkumi
Indonesia ke selatan Lautan Hindi.
* Lima hari kemudian, fokus carian 
dipindahkan ke Lautan Hindi 
selepas data satelit menunjukkan penerbangan itu 
berakhir di kawasan itu.
* Pada 28 Jan 2015, carian dilakukan 
di kawasan sejumlah 18,000 kilometer persegi 
di dasar laut Lautan Hindi. 

-29/1/2015 AGENDA DAILY-




p/s : sedih sebenarnya mendengar 
keluhan dan rintihan keluarga mangsa
selama ini...mereka masih menaruh harapan
ya...mereka masih setia menanti 
tiada bangkai kapal walau sekecil2 besi
tiada jasad walau sekecil2 abu
apatah lagi  kubur utk ditanda
betapa misterinya 'kehilangan' ini
lalu...bagaimana mereka mahu menerima
ia sebagai 'kemalangan' dan 'kematian'
Ya Allah, Kau lindungi keluarga mangsa
berikanlah kekuatan buat mereka
Ya Allah, Kau redhakan hati mereka
dengan menjawab segala misteri ini
hanya kepadaMu...sesungguhnya mereka berserah
:(
 



Thursday, January 29, 2015

Lisa Surihani dah pregnant???



alhamdulillah, tq
tunggu kalau KekNis pregnant nanti
hahaha!!!
apapun, congrats utk sweet couple nie
moga Lisa & kandungan
sihat selalu
:)



 

p/s : tak sabar nak tengok rupa 
baby diaorg nanti




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails